Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ar-Rauf) Ar Yang Maha Pemberi Kasih Sayang (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Rauf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDURRAUF SINGKEL

Abdurrauf Singkel (1592–1693), ulama Indonesia

yang terkenal. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin

Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. Nama

Abdurrauf Singkel diperoleh daripada ‘Abdoerraoef

van Singkel’, nama yang digunakan oleh penulis-penulis

Barat seperti, D.A. Rinkers. Gelaran lain untuk

Abdurrauf ialah Syekh Kuala, Tengku Syekh Kuala,

Syiah Kuala, dan Teuku (Tengku) Ciah Kuala.

UMUM 
SYEKH ABDUL RAUF SINGKEL

SYEIKH ABDUL RAUF SINGKEL (1593-1695), ulama Indonesia. Beliau lahir di Aceh Selatan, Indonesia. Nama penuhnya ialah Syeikh Abdurrauf bin Syeikh Ali al-Fansuri al-Singkili al-Jawi. Ayahnya berketurunan Arab dan ibunya berasal dari Fansur, Barus, Aceh. Syeikh Abdul Rauf diberi gelaran seperti Syeikh Kuala, Syeikh di Kuala, Ciah Kuala, Tengku Ciah Kuala dan Abdurrauf van Singkel.

SASTERATokoh
ABDURRAUF SINGKELABDURRAUF SINGKEL (1592-1693), ulama dan ahli Tarekat Syatariyah, Indonesia. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. SASTERAKonsep
KAMUS ARAB-MELAYU AL-MARBAWI

KAMUS ARAB-MELAYU AL-MARBAWI, kamus yang dikenal juga dengan judul Qamus Idris al- Marbawi Arabi-Malayuwi. Kamus ini mempunyai dua jilid yang menyenaraikan lebih daripada 36 000 patah perkataan Arab yang diberi makna dalam bahasa Melayu. Kamus ini disusun oleh Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi. Jilid pertama diterbitkan pada tahun 1350 H. (1931) yang mengandungi 408 halaman, dan jilid kedua pada tahun 1354. (1935) yang mengandungi 407 halaman. Kedua-duanya dicetak di Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Auladihi, Mesir.

BAHASAPenerbitan
MOHD. IDRIS AL-MARBAWI

MOHD. IDRIS AL-MARBAWI (1893-1989), pemikir dan ulama Islam, terutamanya di Mesir dan Makkah. Dia lahir pada 28 Zulkaedah 1313 H. (1893) di Makkah. Nama sebenarnya ialah Syekh Mohd. Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi.Ketika berusia 10 tahun, Mohd. Idris al-Marbawi telah menghafaz 10 juzuk al-Qur’an, di samping beberapa buah kitab yang lain. Pada tahun 1913, dia telah kembali ke tanah air bersama-sama keluarganya.

BAHASATokoh

Kembali ke atas