SYEIKH ABDUL SAMAD AL-FALEMBANI | Syeikh Abdul Samad al-Falembani ( ? – ? ) ialah ulama dan ahli tasawuf Indonesia. Nama sebenarnya ialah Abdul Samad bin Fakih Hussein bin Faqih Abdullah al-Falembani. Dia juga dikenali dengan gelaran Abdul Samad Jawi Falembani. Abdul Samad satu daripada ulama tasawuf yang penting pada abad ke-18. | UMUM | |
ABDUL SAMAD AL- FALEMBANI | ABDUL SAMAD AL-FALEMBANI ( ?- ?), ulama Indonesia. Nama penuhnya ialah Abdul Samad bin Faqih Hussein Faqih Abdullah al-Falembani. Abdul Samad merupakan salah seorang ulama yang penting pada abad ke –18. | SASTERA | Tokoh |
MUTANABBIY, AL- | Mutanabbiy, al- (303 H.–354 H./915 M.–965 M.), penyair. Nama penuhnya ialah Abu al-Tayyib Ahmad ibn al-Husayn ibn al-Hasan ibn ‘Abd al- Samad al-Ja‘fiy al-Kindy. Tiada siapa yang mempertikaikan bahawa dia adalah penyair terkemuka pada abad keempat Hijrah. Garis keturunannya sampai kepada Kahlan di Yaman, iaitu satu kabilah Arab yang terkenal petah bercakap. | UMUM | |
SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI | Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710–1812) ialah ulama Indonesia. Nama penuhnya ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al- Banjari. Semasa berada di Betawi, dia bersama-sama rakannya, iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falembani, Syeikh Daud al-Fathani dan Syeikh Abdul Wahab Bugis telah ditangkap oleh pihak Belanda kerana disyaki menimbulkan kekacauan di sana. | UMUM | |
SIYAR AL-SALIKIN | SIYAR AL-SALIKIN, kitab karangan Syekh Abdul Samad al-Falembani al-Jawi. Judul lengkap kita ini ialah Siyar al-Salikin ila Ibadat Rabb al-Alamin. Judul lengkap dalam bentuk lain ialah Siyar al-Salikin fi-Tariqat al-Sadat al-Sufiyah. Kitab ini disebut juga Siyarus Salikin atau Sairus Salikin atau Sirus Salikin. | SASTERA | Kitab |
JALA' AL-QULUB BI DHIKR ALLAH | JALA’ AL-QULUB BI DHIKR ALLAH, kitab tasawuf. Kitab ini dikarang oleh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih yang dikenal Tuan Tabal. Kitab yang berbentuk risalah ini selesai dikarang pada tahun 1287H./1870 M. Di Kelantan. Kitab ini pernah dicetak di al-Matbaah al-Asasiah, Kota Baharu, Kelantan (edisi kedua 1354H.), berukuran 21cm x 14 cm setebal 26 halaman. | SASTERA | Karya |
TUAN TABAL | TUAN TABAL (1816 – 1891), ulama. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh al-Kelantani al-Jawi. Tuan Tabal belajar dengan Syekh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dalam bidang ilmu fikah dan telah tamat belajar kitab “Tuhfah”. Dalam bidang ilmu tasawuf pula dia menerima Tarekat Ahmadiyah. Ada pendapat yang menyatakan Tuan Tabal menerima bai’ah Tarekat Ahmadiyah daripada Sidi Ahmad Danderawi, dan ada yang meriwayatkan bahawa Tuan Tabal telah berguru langsung kepada Sidi Ibrahim, murid kepada Sidi Syekh Ahmad bin Idris iaitu pengasas Tarekat Ahmadiyah yang berasal dari Afrika Utara. Menurut sejarah, Tuan Tabal merupakan orang yang bertanggungjawab membawa tarekat itu ke Kelantan, dan kemudiannya tersebar ke seluruh Sememnanjung Tanah Melayu, walaupun yang lebih terkenal dalam penyebaran tarekat ini ialah Haji Muhammad Said Linggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
M. GHAZALI | M. GHAZALI (1930-1982), penyair. Dia lahir pada 22 Jun 1930 di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Nama sebenarnya ialah Mohd. Ghazali bin Abdul Samad. M. Ghazali juga memakai nama pena A.S. Maghza. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka dan Sekolah Arab al-Junid, Singapura dari tahun 1945 hingga 1951 dan lulus Darjah Tujuh. Selepas itu, dia belajar di Makkah. | SASTERA | Tokoh |