Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-tab


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAIRAT AL-MA'ARIF AL-WATANIYYAH

DAIRAT AL-MA’ARIF AL-WATANIYYAH, sekolah agama. Ia juga dikenal sebagai Dairatul Ma’arif. Madrasah ini terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Madrasah ini didirikan oleh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Haji Abdullah Fahim, pada tahun 1926. Pada peringkat awal, pengajian agama di madrasah ini dijalankan secara ‘umumi’ sahaja. Pada tahun 1927, sistem pengajian ‘nizami’ diperkenalkan. Pengajian terhad kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1935, barulah kelas untuk pelajar wanita diadakan, tetapi secara berasingan.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SYAHKapsyen          :           Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah

 

SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SYAH (1930 – 1998), Sultan Terengganu yang ke-16 (1979 – 1998). Baginda diputerakan pada 29 April 1930 di Bandar Kuala Terengganu, Terengganu.  Baginda adalah putera Sultan Ismail Nasiruddin Syah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH IIKapsyen          :           Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Allallahi Syah II

 

SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II (1924-1984), Sultan Perak yang ke-33 (1963-1984). Baginda diputerakan pada 12 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda ialah putera kedua Sultan Iskandar Syah dan  Raja Teh Umi Kalsum binti Raja Muhammad Iskandar. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Chandan pada tahun 1931. Setahun kemudian, baginda ditukarkan ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AL-ISLAM

AL-ISLAM, majalah bercorak keagamaan dalam tulisan Rumi yang diterbitkan oleh Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1974.

    

SASTERAKonsep
MANA SIKANA

MANA SIKANA (1945 -     ), penulis. Dia lahir pada 9 Oktober 1945 di Bagan Serai, Perak. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Napiah @ Hanafiah @ Mohd. Hanafiah. Dia juga menggunakan nama pena Abd. Rahman M.S., Anakis Anam, Reihman M.S. dan Ustaz Abd. Rahman al-Mana @ al-Senawari.

SASTERATokoh
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN IIIKapsyen          :           Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III

 

SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUSA AHMAD

MUSA AHMAD  (1921-1995), nasionalis, bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) dan salah seorang pemimpin Rejimen ke-10. Dia lahir di Pengkalan Baru, Ipoh, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di kampungnya, pendidikan agama di Sekolah al-Mashor, Pulau Pinang (1934-1941) dan Sekolah Lanjutan Anglo-Chinese, Perak.           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NAHMAR JAMIL

NAHMAR JAMIL (1938-    ), penyair dan penterjemah. Dia lahir pada 4 November 1928 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Nama sebenarnya ialah Na’man bin Haji Mohammad Rawi. Selain nama pena Nahmar Jamil, dia juga menggunakan nama pena Namiri Jamil dan N’man Rawi Jamil. Nahmar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar hingga lulus Darjah Lima. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Alwiah Addiniah, Arau hingga lulus Darjah Empat Thanawi. Dia juga sering membaca karya sastera Asia Barat untuk menambahkan pengetahuannya. Pada tahun 1976, dia diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti kursus Penulisan Kreatif selama satu tahun.

SASTERATokoh
ZULKIFLI MUHAMMAD, DATO'

ZULKIFLI MUHAMMAD, Dato’,  (1927-1964), ahli politik dan penulis.  Dia lahir pada 22 Mac 1927 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.  Dari tahun 1946 hingga tahun 1947, Zulkifli melibatkan diri secara aktif dalam perikatan Pemuda Perak.  Dia turut bergabung tenaga bersama-sama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam perjuangan menentang Malayan Union.  Zulkifli melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azahar pada bulan September 1947.  Ketika di Mesir dia dipilih menjadi yang Dipertua Persekutuan Putera-Putera Melayu Semenanjung (1948-1950).   Antara tahun 1951 hingga  tahun 1952, dia dilantik menjadi penasihat persatuan tersebut. Zulkifli juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kesatuan Pelajar-Pelajar Putera Malaya dan Indonesia.  Dia turut melibatkan diri dalam pertubuhan pelajar yang lain seperti Pertubuhan Jamaiyyah Syukbanul Muslimin.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas