Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lan] | الن

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, Shorea albida; ~ batu sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan, kayu kumai, papan panel, dll), empenit, meraka, meraka alan, sengawang, seriagawan, Shorea sp.; ~ bunga sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan lapis, papan panel, kayu kumai, dll), meranti bunga, Shorea sp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HODGKIN, SIR ALAN UMUM 
HERBERT, SIR ALAN PATRICK UMUM 
RAWSTHORNE, ALAN

Rawsthorne, Alan (1905–1971), penggubah

Inggeris yang terkemuka, terkenal kerana mutu

muziknya yang atonal (bebas tidak bertulis).

UMUM 
AYCKBOURN, ALAN

Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan

pengarah teater British, menjadi terkenal kerana

komedinya. Banyak komedinya memaparkan

pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman

Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi

(kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di

rumah hujung minggu yang sama dari sudut

pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart

(1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang

dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup

jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama

Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular

(1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of

Disapproval (1985) dan Henceforward (1987).

Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal.

UMUM 
SILLITOE, ALAN

Sillitoe, Alan (1928 – ) ialah pengarang dan

penulis drama British yang terkenal dengan novel

pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning

(1958) yang mengisahkan perihal kehidupan

masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia

menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of

the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya,

yang memberikan judul kepada buku ini,

menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki

yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya

menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita

pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays

(1978), The Rats and Other Poems (1960), The

Ragman’s Daughter (1963), dan The Victory (1982).

Saturday Night and Sunday Morning dan The

Loneliness of the Long Distance Runner telah

dijadikan filem dan diminati ramai.

UMUM 
LERNER, ALAN JAY

Lerner, Alan Jay (1918–1986), salah seorang

penulis lirik teragung dalam arena muzik Amerika.

Liriknya yang terbaik memaparkan kebijaksanaan

dan kesenian yang jarang ditemui dalam arena

muzik. Hasil gubahan Lerner yang terunggul

pernah diusahakannya bersama-sama penggubah

kelahiran Vienna, Frederick Loewe.

UMUM 
SHEPARD, ALAN BARTLETT, JR.

Shepard, Alan Bartlett, Jr. (1923–1998),

menjadi orang Amerika yang pertama berada di

angkasa lepas. Pada 5 Mei, 1961, angkasawan

Shepard terbang dengan roket pada jarak 188

kilometer ke angkasa lepas dari Cape Canaveral,

Florida. Dia mendarat 15 minit kemudian, pada

jarak 486 kilometer di luar Lautan Atlantik. Pada

tahun 1971, Shepard mengetuai Apollo 14

melakukan pendaratan kali ketiga di bulan. Dia

menjadi angkasawan kelima yang mendarat di

bulan. Dia tidak dibenarkan terbang dari tahun

1963 hingga tahun 1969 kerana mengalami

gangguan pendengaran.

UMUM 
ARTHUR, CHESTER ALAN

Arthur, Chester Alan (1829–1886) ialah

presiden Amerika Syarikat yang ke-21 (1881–1885).

Dia menggantikan James A. Garfield yang telah

dibunuh.

UMUM 
PATON, ALAN STEWART

Paton, Alan Stewart (1903–1988), pengarang

Afrika Selatan yang paling dikenali kerana

novelnya Cry the Beloved Country (1948).

UMUM 
ECCLES, SIR JOHN

Eccles, Sir John (1903–1997), ahli sains Australia

berkongsi Hadiah Nobel tahun 1963 dalam bidang

fisiologi atau perubatan dengan profesor British

Alan Hodgkin dan Andrew Huxley kerana usaha

penyelidikan mereka dalam impuls saraf.

UMUM 

Kembali ke atas