Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pertukaran drpd satu bahasa kpd bahasa yg lain, penterjemahan; mengalihbahasakan menterjemahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alih bahasa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENGGARA

TENGGARA, judul dwibahasa. Tenggara mulai diterbitkan pada tahun 1967 oleh Universiti Malaya dengan kekerapan sekali setahun. Mulai tahun 1968, ia diterbitkan dua kali setahun. Pada tahun 1979, Tenggara dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan mulai tahun 1989, penerbitannya diambil alih oleh Yayasan Penataran Ilmu. Tujuan utama jurnal ini adalah untuk menghasilkan karya-karya kreatif yang asli dalam bahasa yang luas digunakan di Malaysia dan Singapura. Sungguhpun begitu rencana dalam bidang lain seperti kebudayaan, kesenian, bahasa dan kesusasteraan tradisional turut diterbitkan. Karya yang bukan dalam bahasa Inggeris diterbitkan dalam terjemahan Inggeris sementara karya tentang sastera Melayu diterbitkan dalam bentuk asal.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas