MUSLIM IBN ‘AQIL | Muslim ibn ‘Aqil, tabii yang cerdik, alim serta berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn ‘Aqil ibn Abu Talib ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim. Ketika al-Husayn ibn ‘Ali berhajat untuk keluar menghadapi Yazid ibn Mu’awiyah, dia telah dihantar oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn menerima banyak surat yang menyerunya agar datang ke Kufah untuk dibai’ah. | UMUM | |
NABLUSIY, 'ABD AL-GHANIY' AL- | Nablusiy, ‘Abd al-Ghaniy’ al- (1050–1143 H./ 641–1731 M.), penyair, alim dalam bidang agama dan mempunyai kecenderungan ke arah kesufian. | UMUM | |
ANBARIY, ABU AL-BARAKAT AL- | Anbariy, Abu al-Barakat al- (513 H.– 577 H./1119 M.–1181 M.), alim yang masyhur dalam bidang bahasa dan nahu. Nama penuhnya ialah ‘Abd al- Rahman ibn Abu al-Wafa’ al-Anbariy. Dia diberi gelaran Kamal al-Din, Al-Anbariy lahir di al-Anbar, Iraq daripada keluarga berilmu dan bertaqwa. Dia meriwayatkan hadith daripada bapanya dan bapa saudara sebelah ibunya. Al-Anbariy memulakan pengajiannya di al-Anbar, kemudian dia berpindah ke Baghdad ketika masih kecil dan tinggal di sana sehingga akhir hayatnya. | UMUM | |
DIPONEGORO | DIPONEGORO (1785 – 1855), pejuang yang menentang kekuasaan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Dia dikenal juga dengan panggilan Syekh Ngadburahim atau Syekh Ngadbul hamid, anak sulung kepada Amangku Buwono III. Sejak kecil Diponegoro diberi didikan agama oleh neneknya, Ratu Agung, yang terkenal sebagai seorang alim. Semasa muda, Diponegoro sering bermeditasi di Gua Langse yang terletak di pantai selatan Pulau Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUHAMMAD IBN KA'B AL-QARAZIY | Muhammad ibn Ka’b al-Qaraziy (40 H.–120 H./ 661 M.–737 M.), salah seorang pemerintah Bani Awsa. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ka’b ibn Salim al-Qaraziy al-Madaniy. Bapanya menjadi tawanan Bani Qurayzah. Muhammad menetap di Kufah dan selepas itu menjadi penduduk Madinah. Dia merupakan pemimpin yang alim, jujur, ahli hadith dan ahli tafsir yang amat dipercayai. | UMUM | |
SULTAN ZAINAL ABIDIN III | SULTAN ZAINAL ABIDIN III (1866-1918), Sultan Terengganu yang ke-11 (1881-1918). Baginda adalah putera Sultan Ahmad Syah. Baginda terkenal sebagai seorang yang alim. Antara guru baginda ialah Tuk Ku Paloh, Wan Muhammad bin Wan Abdullah dan Habib Omar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABU AL-FARAJ, AL-ASFAHANIY, | Abu al-Faraj, al-Asfahaniy (284 H.–356 H./ 897 M.– 966 M.), tokoh sastera yang terkenal pada abad ketiga Hijrah dan berasal daripada keluarga Umawiyyah. Nama penuhnya ialah Abu al-Faraj Aliy ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al- Asfahaniy. Dia lahir di Isfahan dan kemudian berpindah ke Baghdad untuk menetap di sana. Di Baghdad, Abu al-Faraj berguru dengan para alim ulama dalam bidang bahasa dan periwayatan seperti Abu Bakar ibn Darid, Abu Bakar ibn al- Anbariy, al-Fadl ibn al-Hibab al-Jumhiy, ‘Ali ibn Sulayman al-Akhfashiy, Naftawayh, Muhammad ibn Jarir al-Tabariy, Ahmad ibn Ja‘far, Jahzah dan beberapa orang perawi lagi. Abu al-Faraj mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk syair, lagu, cerita-cerita rakyat, hadith sahih, ilmu keturunan, bahasa, nahu, ilmu tentang amalan khurafat, ilmu peperangan dan sejarah. Dia juga menguasai ilmu yang berkaitan dengan deria dan cara perubatannya, ilmu kedoktoran, astronomi dan farmasi. Oleh sebab kemampuannya menguasai pelbagai bidang ilmu ini, dia layak digelar sebagai seorang pakar, fasilitator, ahli sejarah dan hafiz. | UMUM | |
SARKHASIY, IBN SAHL AL- | Sarkhasiy, Ibn Sahl al- ( ? – 483 H.), ahli Fiqh dan usul Fiqh dalam mazhab Hanafi. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Abi Sahl, salah seorang imam yang terkenal. Al- Sarkhasiy diambil sempena nama Sarkhas, sebuah negara lama di Khurasan. Dia mempelajari ilmu fiqh dan usul daripada imam terkenal al-Hilwaniy dan mencapai kedudukan keilmuan yang tinggi. Anak Kamal Basha menganggapnya salah seorang ahli ijtihad. Al-Sarkhasiy seorang yang alim, bertugas sebagai penasihat kepada pemerintah. Al-Sarkhasiy dipenjara oleh al-Khaqan atas permintaannya. Hukuman penjara tidak menghalangnya untuk mengajar murid-muridnya. Dia telah mengarang kitab al-Mabsut , kitab tentang fiqh Hanafi yang paling hebat dan telah dicetak dalam 30 juzu’ semasa berada di dalam penjara bawah tanah. Dia juga telah mengarang S yarah al-Sair al-Kabir karangan Muhammad ibn al-Hassan. Al-Sarkhasiy telah mengarang kitab Mukhtasar al-Tahawiy dan kitab usul fiqh mazhab Hanafi yang teragung, yang dikenali sebagai Usul al-Sarkhasiy . | UMUM | |
HIKAYAT SULTAN IBRAHIM ADHAM | Hikayat Sultan Ibrahim Adham ialah sastera hikayat berunsur Islam. Hikayat ini dikenali sebagai cerita legenda Islam atau tokoh Islam dan digolongkan dalam cerita tentang orang yang soleh dan alim. | SASTERA | Karya |
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL- | Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370 M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al- Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan menuntut ilmu daripada alim ulama di sana. Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa. Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18 tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa. Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab. Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al- Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al- Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’. Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik. | UMUM | |