ALTITUD | Altitud ialah ketinggian sesuatu objek dari aras permukaan bumi, paras laut ataupun paras yang ditentukan. Sebagai contoh, sebuah kapal terbang boleh terbang pada aras 9100 meter di atas permukaan bumi. | UMUM | Umum |
MABUK KETINGGIAN | Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu, loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes, seseorang akan muntah apabila mengalaminya. | UMUM | |
TERMOSFERA | Termosfera ialah lapisan paling atas di atmosfera bumi. Ia bermula pada altitud lebih kurang 85 kilometer dan berterusan hingga 480 kilometer di ruang angkasa. Termosfera mengandungi hanya sebahagian kecil gas yang terdapat di atmosfera. Oleh sebab itu, tekanan atmosfera di termosfera bawah adalah satu juta kali lebih rendah daripada tekanan di aras laut. Termosfera terdedah sepenuhnya kepada sinaran matahari. Sinaran ini memanaskan atmosfera tipis di termosfera ke tahap suhu yang tinggi. Suhu meningkat dengan cepat daripada –93 ° C pada altitud 89 kilometer hingga melebihi 1500 ° C di thermopause , iaitu bahagian atas termosfera. | UMUM | |
ALTIMETER | Altimeter ialah alat sensitif yang menunjukkan altitud. Altimeter digunakan dalam kapal terbang. Pendaki gunung, juruukur dan ahli sains juga menggunakannya. | UMUM | |
ARUS JET | Arus jet ialah satu jalur arus udara yang bergerak laju pada altitud tinggi. Arus jet mengalir berolak- olak mengelilingi Hemisfera Utara dan Selatan. Alur ini kerap bertukar tempat dan bergerak secara menegak dan juga mendatar. | UMUM | |
TERJUN UDARA | Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh secara bebas sebelum payung terjun kembang. Penerjun udara biasanya terjun pada altitud sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih daripada 160 kilometer sejam. Mereka mengembangkan payung terjun pada altitud 600 meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam. Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter. Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan penerjun udara terjun bebas bersama-sama membuat formasi berbentuk geometri. | UMUM | |
PAIN BRISTLECONE | Pain bristlecone ialah pokok malar hijau yang tumbuh di altitud tinggi di barat Amerika Syarikat. Terdapat dua spesies pain bristlecone. Satu spesies iaitu pain bristlecone Lembangan Besar, hidup lebih lama daripada mana-mana jenis pokok lain. | UMUM | |
KONTRAIL | Kontrail ialah garis halus awan yang terbentuk di belakang kapal terbang di altitud tinggi. | UMUM | |