PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam. Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat. Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin. Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual.
Kad ucapan ialah tanda bagi sesuatu peristiwa
yang istimewa atau yang mengandungi ucapan alu-aluan
kepada orang yang menerimanya.
ANTAN, alat untuk menumbuk bijirin seperti padi dan beras. Antan ditumbuk ke dalam lesung untuk memisahkan padi daripada kulitnya. Antan juga digunakan untuk menumbuk emping dan beras. Antan, jika kecil, dikenal sebagai alu yang digunakan untuk melengkapi lesung tangan.
Thanks for clicking. That felt good.