| ALUVIUM | Aluvium ialah tanah, pasir, batu kerikil, tanah liat, kelodak, atau bahan-bahan lain yang dimendapkan oleh air yang mengalir. Mendapan aluvium berlaku apabila sungai atau anak sungai berkurangan halajunya ketika mengalir menuruni lereng gunung atau memasuki tasik, laut pedalaman, atau teluk yang tenang. | UMUM | |
| PERLOMBONGAN ALUVIUM | Cara melombong bijih yang melibatkan bahan aluvium. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
| KIPAS ALUVIUM | Kipas aluvium, bentuk muka bumi seakan-akan kipas atau kon yang terdiri daripada bahan enapan yang dimendapkan oleh sungai semasa mengalir keluar dari hadapan gunung ke dataran. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
| BAHADA | Bahada, kawasan bercerun landai yang terjadi akibat pertemuan beberapa kipas aluvium di kaki gunung terutama di gurun panas. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |