Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.mal]/[a.mal] | عمل

Definisi : 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. per­buatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt ber­derma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerja­kan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; mengamalkan 1. melaksanakan, mem­prak­tik­kan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasa­kan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tem­pat­­an; amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati menger­ja­kan sesuatu; 3. pelaksanaan; pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.mal]/[a.mal] | عمل

Definisi : 1 apa-apa yg dilakukan; perbuatan; pekerjaan; kerja: Tidak ada ~nya yg melayakkan dia dipuji. 2 perbuatan yg baik; sesuatu yg dilakukan utk maksud berbuat kebajikan: Kita hendaklah berbuat ~ kpd makhluk yg lemah. ~ ibadat perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa). ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma). beramal 1 melakukan sesuatu utk kebaikan (spt berderma, memberikan bantuan). 2 melakukan sesuatu supaya menjadi kebiasaan atau supaya mahir. 3 = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat. mengamalkan membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. amalan 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. pengamalan perihal atau perbuatan mengamalkan. pengamal orang yg mengamalkan sesuatu (ilmu, fahaman dsb); orang yg bergiat dlm sesuatu bidang pekerjaan (profesion): ~ undang-undang; ~ perubatan tradisional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amal

Puisi
 

Kirim surat orang seberang,
     Surat ini bunga perada;
Saya pesan pada abang,
     Amal ibadat jangan dilupa.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMAL HAMZAHAMAL HAMZAH (1922-1987), penyair dan penulis Indonesia.SASTERAKonsep
ANGKATAN TAKHLISAN

Angkatan Takhlisan ialah pertubuhan amal

agama Kristian antarabangsa. Ia dibentuk dan

beroperasi mengikut corak tentera, dan ketuanya

berpangkat seperti pegawai tentera. Angkatan

Takhlisan bekerja bagi merangsang kecintaan

kepada tuhan dan membantu orang miskin.

UMUM 
PERSATUAN SEKERJA

Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah

persatuan orang yang mempunyai minat yang

sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka

menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal,

keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan

membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang

memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau

untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang

dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini

mengadakan upacara mass (upacara orang yang

beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal

dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan

keagamaan ini disekat di England.

UMUM 
PUJA PANTAIPUJA PANTAI, amalan atau upacara amal yang diadakan untuk makhluk-makhluk halus yang menjaga laut agar tidak mengganggu kehidupan para nelayan dan memberikan mereka rezeki yang banyak.BUDAYAPerayaan/Upacara
KIWANIS INTERNATIONAL

Kiwanis International ialah sebuah organisasi

antarabangsa kelab tempatan yang dianggotai

oleh ahli lelaki dan wanita yang berminat terhadap

kerja amal untuk masyarakat. Kelab Kiwanis ini

terdapat di 80 buah negara di seluruh dunia.

UMUM 
BERSEMAH

BERSEMAH,   upacara amal yang bertujuan untuk berbaik-baik dengan makhluk ghaib agar tidak mengganggu dan membawa bencana kepada manusia.  Di Kelantan, upacara ini dikenal sebagai ‘berjamu’.

BUDAYAPerayaan/Upacara
TATA

Tata ialah nama sebuah keluarga ternama dalam

industri dan perdagangan di India.

Jeejibhoy Jamshedji Tata (1783–1859) ialah

usahawan utama. Dia lahir daripada keluarga Parsee

yang miskin di negeri Baroda yang beraja. Dia

mendapat kekayaan dalam bidang perniagaan

eksport kerana wawasan komersial dan kerja keras.

Dia juga yang memulakan tradisi keluarganya

sebagai penderma kerja amal.

UMUM 
SURAH AL-TAKATHUR

Surah al-Takathur ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-102 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Takathur

(memperbanyak) kerana firman Allah S.W.T .yang

bermaksud:

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan

amal bakti) oleh perlumbaan (memperbanyak

harta-benda dan anak-pinak, pangkat dan

pengaruh)”.

(Surah al-Takathur 102:1)

UMUM 
SEWANG

SEWANG, upacara amal yang bersifat kolektif yang diadakan oleh suku kaum Orang Asli  daripada rumpun Senoi dan Semang sempena dengan sesuatu kejadian atau peristiwa penting dalam masyarakat berkenaan.  Sewang berkait rapat dengan kepercayaan animistik suku kaum Senoi dan Semang tentang pentingnya manusia menjalinkan hubungan yang harmonis dengan makhluk ghaib demi menjamin kesejahteraan sosial dan rohaniah ahli masyarakat.  Menurut kepercayaan mereka, sungguhpun makhluk ghaib itu boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan manusia, mereka juga dapat menolong manusia.  Upacara sewang diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan  makhluk-makhluk ghaib.  Melalui sewang, orang Senoi dan Semang menyatakan yang mereka sentiasa mengingati, menghormati dan berterima kasih kepada makhluk ghaib, khususnya para ‘gunig’, atas bantuan dan perlindungan yang telah diberikan.

BUDAYAPerayaan/Upacara
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 

Kembali ke atas