RADIO AMATUR | | UMUM | |
EXETER, MARQUESS OF | Exeter, Marquess of (1905-1981), David George Brownlow Cecil, atlet amatur British yang terkenal. | UMUM | |
SAYERS, DOROTHY | Sayers, Dorothy (1893–1957) ialah pengarang Inggeris dan penulis cerita detektif yang terkenal pada tahun 1900-an. Karyanya yang paling terkenal ialah kisah Lord Peter Wimsey, iaitu detektif amatur yang hebat dan terpelajar. | UMUM | |
MUMTAZ JAAFAR | Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek. Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara Bank, dan Kejohanan MAKSAK. | UMUM | |
SUKAN | Sukan ialah aktiviti olahraga yang teratur yang dimainkan secara individu atau berpasukan. Kebanyakan sukan boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita, dan juga kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ramai orang menyertai sukan sebagai amatur untuk keseronokan peribadi, gemar kepada pertandingan, ataupun sebagai suatu bentuk riadah atau senaman yang menyihatkan badan. | UMUM | |
DAYUNGAN | Dayungan ialah tindakan untuk menggerakkan sesebuah perahu dengan pengayuh. Ramai orang menyetujui bahawa mendayung di tasik dan sungai merupakan suatu bentuk senaman yang menyeronokkan. Pertandingan lumba perahu pula sudah menjadi satu acara sukan amatur yang penting yang sangat teratur. | UMUM | |
QUEENSBERRY, MARQUESS OF | Queensberry, Marquess of (1844–1900), John Sholto Douglas ialah ahli sukan Scotland yang telah menaja satu peraturan baru sukan tinju yang diberi nama sempena namanya (lihat Queensberry ). Sebenarnya peraturan itu ditulis oleh John Graham Chambers dari Kelab Olahraga Amatur. Peraturan itu muncul buat pertama kalinya pada tahun 1867. | UMUM | |
TEMBIKAR | Tembikar atau barang tembikar ialah sejenis barang hiasan berguna yang dibuat daripada tanah liat bakar. Ia terdiri daripada karya seni yang bernilai yang dicipta oleh pembuat tembikar profesional hingga kepada tempat abuk rokok dan lain-lain benda mudah yang dibuat oleh pembuat tembikar amatur. Di samping itu, barang tembikar termasuk juga set makan malam, vas, dan lain-lain barang rumah. Kilang yang membuat tembikar dinamakan kilang tembikar. | UMUM | |
THORPE, JIM | Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain bola sepak kolej dan profesional Amerika dan masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga bermain dalam liga-utama besbol Amerika. Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe muncul sebagai atlet pertama yang memenangi kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]). Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur memutuskan Thorpe seorang ahli sukan profesional dan tidak layak bertanding dalam Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun 1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengembalikan pingat emas Thorpe dan memasukkan namanya dalam senarai juara Olimpik tahun 1912. | UMUM | |
MEMANAH | Memanah ialah sejenis sukan yang menggunakan busur dan anak panah. Pemanah yang terlibat dalam sukan ini boleh mengambil seberapa banyak acara yang dipertandingkan. Antara yang paling popular melibatkan acara memburu, pemanahan sasaran, pemanahan padang, dan pemanahan udara. Bagi acara memburu, pemanah menggunakan busur dan anak panah. Sukan jenis ini menyalahi undang-undang hampir di semua negara, termasuk juga Britain. Bagi pemanahan sasaran dan pemanahan terbuka, pemanah bertanding dengan memanah sasaran. Sementara dalam pemanahan udara, pemanah dikehendaki memanah ke suatu jarak yang jauh. Ramai pemanah amatur dari seluruh dunia menyertai pertandingan memanah yang dianjurkan di peringkat antarabangsa. Memanah merupakan salah satu acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Musim Panas. | UMUM | |