DIALEK MELAYU AMBON | DIALEK MELAYU AMBON, bahasa pertama dan bahasa utama di Pulau Ambon dan Sertam serta pulau-pulau lain di sekitarnya. Jumlah penuturnya tidak kurang daripada 200 ribu orang. Selain jumlah penutur ini, terutamanya di Maluku Tengah, sekurang-kurangnya 300 ribu orang lain menggunakan dialek Ambon sebagai bahasa perhubungan sehari-hari. Bahkan, mungkin di Maluku Tengah itu terdapat lebih ramai orang yang gemar berdialek Melayu Ambon daripada yang gemar berbahasa Indonesia | BAHASA | Bahasa |
PEMBUNUHAN AMBON | PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon. Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia. Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon. Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah. Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda. Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
AMBON | AMBON, pulau yang paling penting antara pulau-pulau yang terletak di Kepulauan Maluku. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BANGGAI | BANGGAI, sekumpulan pulau kecil yang terletak di antara Sulawesi Timur dengan Pulau Sula. Banggai juga disebut Semenanjung Banggai. Sejarah awal Banggai berhubung rapat dengan negeri-negeri jirannya. Banggai dianggap sebagai negeri yang wujud di bawah ketuanan Ternate serta kawasan lain seperti Sulawesi, Gorontalo, Buton, Solor, Seram dan Ambon pada zaman kegemilangan Ternate sekitar tahun 1620-an. Banggai perlu taat setia kepada Ambon apabila Ambon menggantikan Ternate sebagai kuasa tertinggi di seluruh Laut Timur pada pertengahan abad ke-17. Menurut rekod sejarah, Ternate dapat mencapai matlamat untuk memperluaskan kuasanya melalui pertolongan secara tidak langsung dari Banggai. Keadaan ini timbul kerana pedagang tempatan di Banggai bertanggungjawab menjual senjata api, kapak dan pisau kepada Ternate dalam kempen untuk menggulingkan musuhnya, Ambon. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BUTON | BUTON, pulau yang terletak di Sulawesi Tenggara. Pada abad ke-16, Buton menghasilkan sagu, jagung dan kapas. Penduduk tempatan sangat mahir dalam pertukangan besi seperti membuat membuat pisau dan pedang. Pada tempoh prapenjajahan Belanda, pedagang dari Ambon, Grisek dan Jaratan belayar ke Buton untuk membeli barangan besi dan hamba. Hamba dibawa masuk ke Buton dari Filipina dan Indonesia Timur. Kebanyakan hamba yang dijual berkhidmat di rumah orang kaya atau bekerja sebagai buruh di ladang lada di Banjarmasin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG | SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG (? - ?), Sultan Banten (1651 – 1682). Nama sebenar baginda ialah Sultan Abdulfath Abdul Fattah Agung. Baginda adalah pemerintah tempatan terakhir yang merdeka di Sunda. Baginda berusaha mengembangkan Banten sebagai pusat eksport lada dari Sunda dan Lampung. Baginda juga telah meluaskan lagi hubungan dengan Ambon, Makasar, dan Jawa Timur untuk tujuan pengumpulan hasil rempah. Sultan Abdul Fattah mengadakan hubungan dengan Perak untuk perdagangan bijih timah. Hubungan dagang ini juga merupakan usaha baginda mencabar monopoli Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |