Myrdal, Gunnar (1898–1987) ialah ahli sosiologi dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya, An American Dilemma: The Negro Problem and Modern Democracy (1944) dianggap sebagai kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara mundur telah menghasilkan penulisan berjudul Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca terlalu ramai penduduk miskin di bahagian selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan. |