Tangier (pend. 266 346), juga dieja Tanger, ialah bandar di kawasan pantai utara Maghribi. Ia terletak di sepanjang Selat Gibraltar yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Maghribi (peta). Tangier adalah ibu negeri wilayah Tangier. Ia merupakan pelabuhan kedua terpenting di Maghribi selepas Casablanca dan pelabuhan utama untuk kapal penumpang. Dari laut, bandar ini kelihatan seperti amfiteater, dengan rumah-rumah putih membarisi bukitnya. |