Muhammad al-Amin al-‘Abbasiy (170 H.–198 H./787 M.–813 M.), khalifah Bani Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Harun al-Rashid ibn al-Mahdiy ibn al-Mansur. Dia lahir di pinggir kota Baghdad, enam bulan selepas kelahiran abangnya al-Ma’mun. Ibunya bernama Umm Ja‘far Zubaydah bint Ja‘far ibn al-Mansur. Tidak terdapat seorang pun dari golongan Bani Abbasiyyah yang kedua-dua ibu bapa mereka daripada golongan Bani Hashim kecuali al-Amin. Dia dilantik menjadi khalifah selepas kematian ayahnya pada tahun 193 H./808 M. berdasarkan wasiat ayahandanya sendiri. Al-Ma’mun pula dilantik menjadi pemimpin di Khurasan dan wilayah di bawahnya. Dia dijanjikan jawatan khalifah selepas al-Amin. Walau bagaimanapun, pada tahun 195 H./810 M., al-Amin memecat al-Ma’mun daripada jawatan Putera Mahkota. Al-Ma’mun kemudiannya menyeru al- Amin meletak jawatan di Khurasan, manakala dia digelar Amir al-Mu’minin. Selepas itu berlaku peperangan antara dua orang bersaudara ini. Tentera al-Ma’mun mengepung kota Baghdad dalam tempoh yang lama. Peperangan tersebut berakhir dengan terbunuhnya al-Amin di bandar al- Salam. |