Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ pertang sj ikan laut, Epinephelus amblycephalus; ~ tamban jepuh sj ikan laut, Spratelloides spp.; ~ tapah sj ikan, Kryptopterus bicirrhis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak III


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACBETH

Macbeth ( ? –1057), menggulingkan raja Scotland

pada tahun 1040, setelah menewaskan dan

membunuh Raja Duncan I. Dia mendakwa bahawa

dia berhak menaiki takhta kerajaan Scotland kerana

isterinya keturunan diraja. Malcolm III, anak

Duncan I, dan Earl Siward dari Northhumberland

telah mengalahkan Macbeth di Dunsinane pada

tahun 1054 tetapi tidak menggulingkannya. Tiga

tahun kemudian, Malcolm III telah membunuh

Macbeth di Lumphanan. Anak tiri Macbeth, Lulach,

berjaya memerintah semula selama beberapa

bulan, kemudian Malcolm III menggantikan Lulach

sebagai raja.

UMUM 
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH IIISULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III (  ?  -1615), Sultan Johor yang keenam (1597-1615). Baginda adalah putera Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II dengan anak Seri Nara Diraja Pahang. Nama sebenar baginda ialah Raja Mansur. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor, menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1597 dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MUZAFFAR SYAH IIISULTAN MUZAFFAR SYAH III ( ? -1752), Sultan Perak yang ke-13 (1728-1732). Nama sebenar baginda ialah Raja Inu.  Baginda adalah putera Yang Dipertuan Muda Mansyur Syah dan anak saudara Sultan Mahmud Syah (1654-1720).  Sultan Mahmud Syah tidak mempunyai anak dan baginda telah mengambil tiga orang anak saudara lelakinya, iaitu Raja Radin, Raja Inu dan Raja Bisnu, sebagai putera baginda. Raja Inu mendapat gelaran Raja Kecil Besar dan bertindak sebagai pemangku raja.  Baginda juga dijadikan Raja Bernam dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DIPONEGORODIPONEGORO (1785 – 1855), pejuang yang menentang kekuasaan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Dia dikenal juga dengan panggilan Syekh Ngadburahim atau Syekh Ngadbul hamid, anak sulung kepada Amangku Buwono III. Sejak kecil Diponegoro diberi didikan agama oleh neneknya, Ratu Agung, yang terkenal sebagai seorang alim. Semasa muda, Diponegoro sering bermeditasi di Gua Langse yang terletak di pantai selatan Pulau Jawa.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KI HADJAR DEWANTARAKI HADJAR DEWANTARA (1889-1959), pendidik dan ahli politik Indonesia. Dia lahir di Yogyakarta, Indonesia. Dai adalah anak keempat Pangeran Suryaningrat, putera sulung Paku Alam III di Yogyakarta. Nama sebenarnya ialah Raden Mas Suwardi Suryaningrat. Semasa kecil, dia didedahkan pada suasa kesusasteraan Jawa, Islam dan Hinduisme dalam lingkungan para bangsawan keraton.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUNAN KALIJAGASUNAN KALIJAGA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Raden Said atau Saka Setia.  Dia adalah anak Tumanggung Wilatika, Adipati Tuban.  Datuknya, Aria Teja III, sudah memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia telah menerima didikan Islam sejak kecil lagi.  Malah masa remajanya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab suci al-Qur’an serta mendalami ilmu agama.  Sunan Kalijaga adalah salah seorang ahli Walisongo Tanah Jawa yang berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15.  Dia adalah ulama yang sezaman dengan Sunan Bonang dan Sunan Ampel yang kedua-duanya adalah gurunya.  Dia juga pernah berguru kepada Syekh Sutabaris, seorang ulama di Palembang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (1937 -       ), Presiden Parti Melayu Semangat 46. dia lahir pada 13 April 1937 di Kota Bharu, Kelantan. Dia adalah anak kepada Tengku Mohammed Hamzah bin Tengku Zainal Abidin, yang pernah menjadi Menteri Besar Kelantan. Datuknya adalah putera kepada Sultan Muhammad III. Tengku Razaleigh mendapat pendidikan di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajarannya di Queen’s University, Belfast, United Kingdom. Dia pernah menerima Ijazah Bachelor of Commerce pada tahun 1959. Kemudian dia meneruskan pengajiannya dalam bidang Undang-undang di Lincoln’s Inn, London. Pengajiannya tidak tamat kerana dia terpaksa kembali ke tanah air mengambil alih urusan perniagaan keluarganya, berikutan kematian ayahnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas