PENGAMBILAN ANAK ANGKAT | | UMUM | |
ZAYNAB BINT JAHSYI | Zaynab bint Jahsyi ( ? – 20 H/? – 641 M), isteri Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah Zaynab bint Jahsyi ibn Ri‘ab al-Asadiyyah. Ibunya bernama Umaymah bint ‘Abd al-Muttalib, ibu saudara Rasulullah SAW. Zaynab bint Jahsyi ialah bekas isteri Zayd ibn Harithah. Dia juga dipanggil Zayd ibn Muhammad SAW, kerana dia merupakan anak angkat Rasulullah SAW. | UMUM | |
PUTERI SA'ADONG | Puteri Sa’adong ( ? - ? ) ialah isteri kepada Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3 iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan, pada abad yang ke-17. Puteri Sa’adong adalah puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri Sa’adong tersebar luas hingga ke negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan Kembang yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Sa’adong yang juga dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang. | UMUM | |
ISKANDAR THANI | ISKANDAR THANI (1611-1641), Sultan Aceh. Dia lahir pada tahun 1611 di Pahang. Nama asalnya ialah Raja Mughal bin Raja Ahmad. Semasa berusia tujuh tahun, dia merupakan salah seorang daripada 10 000 tawanan Sultan Iskandar Muda Aceh. Dia dibawa ke Aceh dan dijadikan anak angkat oleh Sultan Iskandar Muda. Dia mendapat pendidikan di istana dan digelar sebagai Raja Bongsu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMAD SHARIF OSMAN | MOHAMAD SHARIF OSMAN (1880-an- ? ), Menteri Besar Kedah (1948-1954). Dia lahir di Pulau Pinang. Kedua-dua ibu bapanya adalah anak angkat kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah, Sultan Kedah. Bapanya bertugas sebagai wakil kerajaan Kedah di Pulau Pinang di samping menyelia pelajar-pelajar yang terdiri daripada kerabat diraja dan anak bangsawan Kedah yang menuntut di Pulau Pinang. Mohamad Sharif mendapat pendidikan Inggeris di Penang Free School hingga tamat Darjah Tujuh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |