Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.  Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani  Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh  Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di  Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.  dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi  Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya  menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir  menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq  kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah  sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di  sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak  perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga  diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.  Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah  melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran  “asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi  bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan  Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih  mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang  telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui  konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah  mengembalikan penglihatannya setelah dia  menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub  a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu  selepas lama kehilangannya, serta lama  menanggung kesedihan dan penderitaan yang  berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17  tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi  Yusuf a.s.  |