Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : anak yg termuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak yg termuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak bongsu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CIK SITI WAN KEMBANG

CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BAHA ZAIN, DATO'

BAHA ZAIN, Dato’ (1939 -     ), penyair dan pengkritik kesusasteraan. Dia lahir pada 22 Mei 1939 di Batu 15, Hutang Melintang, Perak. Nama sebenarnya ialah Baharuddin bin Zainal. Anak bongsu daripada satu keluarga sederhana ini, mula bersekolah Melayu di Sabak Bernam, Selangor hingga tamat Darjah Empat pada tahun 1949. Ketika berusia 11 tahun, dia memasuki Anglo-Chinese School, Teluk Anson hingga lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1957. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, dia belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam. Dia memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963.

SASTERAKonsep
PLEKHANOV, GEORGI VALENTINOVICH

Plekhanov, Georgi Valentinovich (1856–

1918) ialah pembela utama dan penterjemah

gagasan Marxis di Rusia pada lewat tahun 1800-an

dan awal tahun 1900-an. Dia ialah anak lelaki

bongsu dalam keluarga bangsawan. Dia lahir di

Gudalovka, berhampiran Tambov, Rusia. Sebagai

seorang pemuda, dia menyertai gerakan revolusi

yang mahukan pemerintahan sosialis di Rusia.

Pada tahun 1880, dia melarikan diri ke Switzerland

untuk mengelakkan daripada ditangkap kerana

kegiatan politiknya. Di sana, dia menjadi pengikut

Karl Marx, pengasas fahaman komunis, Jerman.

UMUM 
TITAN

Titan ialah dewa-dewa pertama dalam mitologi

Yunani. Kebanyakan mereka, dilambangkan dalam

bentuk manusia, mewakili fenomena semula jadi

seperti bumi, langit dan matahari. Sebelum itu,

mengikut mitologi yang sama, alam semesta ini

hanyalah satu kekosongan yang dipanggil “Chaos”.

Titan yang pertama ialah Dewi Gaea, iaitu bumi.

Dewi ini terbit daripada Chaos dan melahirkan

Dewa Uranus, iaitu langit. Gaea kemudian

berkahwin dengan Uranus. Gaea dan Uranus

mempunyai banyak anak. Yang bongsu dan yang

paling penting ialah Dewa Cronus, yang berkahwin

dengan adik perempuannya, Dewi Rhea. Cronus

menggulingkan Uranus dan menjadi raja segala

dewa.

UMUM 
SAFAWIYYAH, KERAJAAN

Safawiyyah, Kerajaan (906–1148 H. / 1500–1735

M.). Kerajaan Safawiyyah muncul di Iran. Pengasasnya

ialah al-Shah Isma’il daripada keturunan Syeikh Safiy

al-Din al-Ardabiliy (650–735 H./1252–1334 M.). Safiy al-

Din dan anaknya Sadr al-Din ialah pengikut ahli

Sunnah, begitu juga kumpulan agama yang

ditubuhkannya di al-Ardabil. Manakala cucunya, al-

Khawaja ‘Ali yang dilantik mengetuai jemaah pada

tahun 802 H./1399 M. merupakan penganut fahaman

Syi‘ah sederhana. Anak al-Khawaja ‘Ali, iaitu al-Syeikh

Ibrahim yang menggantikannya telah menyebabkan

berlakunya pertelingkahan antara ahli jemaah (Syi‘ah)

dengan pengikut ahli Sunnah di al-Daghistan. Syeikh

Haydir yang dilantik menggantikan ayahnya, Syeikh

Ibrahim, pada tahun 859 H./1455 M., juga

menggunakan pendekatan yang sama. Syeikh

Ibrahim telah digantikan oleh tiga orang anak dan

anaknya yang bongsu, Isma‘il (908–931 H./1501–1524

M.) ialah pengasas sebenar kerajaan Safawiyyah

(dinisbahkan kepada Safiy al-Din al-Ardabiliy).

UMUM 
ISKANDAR THANI

ISKANDAR THANI (1611-1641), Sultan Aceh. Dia lahir pada tahun 1611 di Pahang. Nama asalnya ialah Raja Mughal bin Raja Ahmad. Semasa berusia tujuh tahun, dia merupakan salah seorang daripada 10 000 tawanan Sultan Iskandar Muda Aceh. Dia dibawa ke Aceh dan dijadikan anak angkat oleh Sultan Iskandar Muda. Dia mendapat pendidikan di istana dan digelar sebagai Raja Bongsu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas