Memanah ialah sejenis sukan yang menggunakan busur dan anak panah. Pemanah yang terlibat dalam sukan ini boleh mengambil seberapa banyak acara yang dipertandingkan. Antara yang paling popular melibatkan acara memburu, pemanahan sasaran, pemanahan padang, dan pemanahan udara. Bagi acara memburu, pemanah menggunakan busur dan anak panah. Sukan jenis ini menyalahi undang-undang hampir di semua negara, termasuk juga Britain. Bagi pemanahan sasaran dan pemanahan terbuka, pemanah bertanding dengan memanah sasaran. Sementara dalam pemanahan udara, pemanah dikehendaki memanah ke suatu jarak yang jauh. Ramai pemanah amatur dari seluruh dunia menyertai pertandingan memanah yang dianjurkan di peringkat antarabangsa. Memanah merupakan salah satu acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Musim Panas. |