MUDPUPPY | Mudpuppy ialah salamander yang hidup di dalam anak sungai, tasik dan sungai, terutamanya di tengah Amerika Syarikat. Olm yang hidup di dalam gua di Eropah tergolong dalam famili yang sama. Mudpuppy boleh membesar sepanjang 43 sentimeter, tetapi mudpuppy sepanjang 20 sentimeter mungkin telah cukup dewasa. Mudpuppy mempunyai badan yang licin. Warnanya mungkin perang tua, kelabu-perang atau hitam, dan biasanya berbintik-bintik lebih gelap. Ia mempunyai ekor leper yang kuat dan empat kaki yang lemah. Ia mempunyai insang luar yang berwarna merah keunguan di belakang kepalanya yang pendek dan leper. Mudpuppy juga dinamakan water dog. | UMUM | |
OSIER | Osier ialah nama pokok renek dan pokok kecil tertentu dalam famili willow. Ia tumbuh subur di sepanjang anak sungai. Willow ini mempunyai batang yang kuat dan lampai yang boleh digunakan untuk membuat bakul dan perabot. Osier biasa dan osier ungu ditanam untuk batangnya yang fleksibel. Dogwood Amerika dinamakan dogwood osier- merah kerana kulit kayunya menyerupai kulit kayu sesetengah willow. | UMUM | |
SOSEJ | Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging cincang dan dibubuh perasa. Daging yang digunakan untuk membuat sosej termasuk daging lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu, dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam, lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia. Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit memberi warna kepada sosej dan membantu mencegah pertumbuhan bakteria yang menyebabkan sejenis keracunan makanan yang dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala menambah gin atau wain merah kepada sosej untuk memberikannya rasa yang istimewa. | UMUM | |
ASH GUNUNG | Ash gunung ialah nama bagi sekumpulan pokok dan pokok renek yang tumbuh di Hemisfera Utara. Ia tumbuh terutamanya di tempat tinggi. Daun ash gunung adalah daun majmuk, yang terdiri daripada beberapa anak daun yang terpisah. Bunganya yang berwarna putih tumbuh bergugus-gugus besar, leper. Buahnya yang berwarna jingga hingga merah adalah gugusan pom bak beri. | UMUM | |
SUCKER | Sucker ialah nama yang diberi kepada beberapa jenis ikan yang berkaitan rapat dengan famili minnow. Kebanyakannya mempunyai mulut yang bibirnya tebal berisi yang membantunya menghisap haiwan dan tumbuhan di dasar tasik dan anak sungai. Sucker berwarna malap kecuali pada musim bunga, apabila sesetengah spesies sucker jantan bersirip kuning hingga merah dan berjalur warna ros atau jingga. | UMUM | |
OBSIDIAN | Obsidian ialah kaca asli yang terbentuk apabila lava panas mengalir di permukaan bumi dan menyejuk dengan cepat. Obsidian mempunyai komposisi kimia yang sama seperti granit, tetapi dilindapkan untuk membuat kaca dan tidak disejukkan dengan perlahan untuk membentuk hablur. Kebanyakan obsidian berwarna hitam, atau hitam berjalur merah. Ia adalah rapuh dan pecah menjadi bentuk bak kon, tetapi ia tidak boleh dikuari dalam bentuk bongkah. Orang Asli Amerika menggunakannya untuk membuat mata anak panah dan pisau. Lihat juga Batuan; Granit. | UMUM | |
KELPIE AUSTRALIA | Kelpie Australia ialah anjing biri-biri yang benar-benar aktif dan sangat bijak dengan naluri semula jadi untuk mengawal biri-biri dan yang tidak mengenal penat untuk bekerja. Kelpie adalah anjing yang gemalai, berotot dan berlari dengan pantas. Kelpie berasal daripada anjing collie Scotland berbulu pendek. Anjing ini mempunyai bulu yang pendek dan telinga yang tegak. Warna bulunya adalah hitam, sawo matang, merah, perang muda, coklat atau biru asap. Pemenang lumba percubaan anjing biri-biri Australia yang pertama pada tahun 1872 dikenali sebagai Kelpie (bahasa Gaelic bagi pari-pari air) dan nama bakanya diperoleh daripada jualan anak Kelpie. | UMUM | |