AMANAH OUTWARD BOUND | Amanah Outward Bound mengendalikan sekumpulan sekolah di Britain yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak-anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
OUTWARD BOUND TRUST | Outward Bound Trust mengendalikan sekumpulan sekolah di United Kingdom yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak- anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain untuk menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS | ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos di Pulau Cocos, Australia. Di kalangan masyarakat ini, anak-anak muda diberi kebebasan mencari pasangan hidup sendiri dan kemudian barulah meminta persetujuan daripada ibu bapanya. Umur bagi anak perempuan berkahwin ialah 17 tahun ke atas dan bagi lelaki 21 tahun atau lebih. Pada masa dulu, pergaulan antara anak-anak muda tidaklah begitu bebas. Kesempatan mencari jodoh ialah pada waktu bulan terang. Anak-anak gadis berkumpul di hadapan rumah mereka meraut lidi daun kelapa untuk dibuat penyapu. Para pemuda mencari peluang untuk berkenalan pada waktu itu dan apabila mencapai persetujuan untuk mendirikan rumah tangga, hal itu disampaikan kepada ibu bapa masing-masing. | BUDAYA | Konsep |
DEAN, JAMES | Dean, James (1931–1955), pelakon filem Amerika. Dia menjadi terkenal kerana kejayaannya melakonkan watak anak muda yang muram dengan penuh perasaan sebagai gambaran kekecewaan dan sikap memberontak. | UMUM | |
MILLAY, EDNA ST. VINCENT | Millay, Edna St. Vincent (1892–1950) ialah penyair Amerika. Kebanyakan puisinya bertema romantik. Dia menulis tentang cinta dan kematian, tentang diri dan alam sejagat, dan tentang perasaan anak muda yang memberontak. Dalam menghasilkan puisi ini, dia menggabungkan sikap sentimental dengan jenaka pintar dan kecanggihan. | UMUM | |
ANAK LIMPA | Anak limpa ialah daging yang enak yang berasal daripada organ-organ dalam tertentu pada anak haiwan. Timus anak lembu muda menghasilkan anak limpa yang dijual di restoran yang terbaik. Anak limpa lembu tua dikenali sebagai anak limpa perut . Ia hampir seperti anak limpa timus. | UMUM | |
SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK | SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK (1862-1947), ulama Indonesia. Beliau lahir di Bukittinggi, Sumatera. Ayahnya seorang penghulu adat, manakala ibunya berasal dari Betawi. Riwayat hidupnya seperti sebuah cerita rakyat yang mengisahkan peralihan seorang `parewa’, iaitu anak muda yang adventurer, menjadi seorang ulama besar. Setelah berumur 24 tahun, Syeikh Muhammad Jamil ke Makkah untuk belajar dan menetap di sana selama 10 tahun. Beliau berguru dengan Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi dan Syeikh Tahir Jalaluddin, yang memberinya nama julukan al-Falaqi. Pada tahun 1903, beliau kembali ke Minangkabau. Setelah Syeikh Tahir Jalaluddin menerbitkan majalah Al-Imam di Singapura, Syeikh Muhammad Jamil bersama-sama Haji Abdul Karim Amrullah, Haji Abdullah Ahmad dan Syeikh M. Thaib Umar, memperkenalkan cita-cita dan pemikiran Kaum Muda. Mereka dianggap sebagai `empat sekawan’ ulama Kaum Muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ADAT PERKAHWINAN SULU | ADAT PERKAHWINAN SULU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sulu di Filipina. Orang Sulu berkahwin pada usia yang amat muda, anak lelaki berumur 15 atau 16 tahun dan anak perempuannya lebih muda. | BUDAYA | Konsep |
SENEFELDER, ALOIS | Senefelder, Alois (1771–1834), mencipta proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman. | UMUM | |
PANGERAN MUDA HASHIM | PANGERAN MUDA HASHIM ( ? - ? ), pemimpin Sarawak. Dia berasal daripada kerabat diraja Brunei. Dia anak kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam dan ayahanda saudara kepada Sultan Omar Ali Saifuddien 11, Sultan Brunei. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |