PLANARIA | Planaria ialah sejenis cacing pipih. Pelbagai jenis cacing pipih hidup di kawasan anak sungai, tasik, air laut, ataupun tanah lembap. Kebanyakan planaria mempunyai bentuk badan leper dan memanjang dengan bahagian kepalanya sama ada berbentuk bulat ataupun segi tiga. Panjang cacing ini antara tujuh hingga 35 milimeter. Ada yang boleh membesar sehingga 35 sentimeter. | UMUM | |
MUDPUPPY | Mudpuppy ialah salamander yang hidup di dalam anak sungai, tasik dan sungai, terutamanya di tengah Amerika Syarikat. Olm yang hidup di dalam gua di Eropah tergolong dalam famili yang sama. Mudpuppy boleh membesar sepanjang 43 sentimeter, tetapi mudpuppy sepanjang 20 sentimeter mungkin telah cukup dewasa. Mudpuppy mempunyai badan yang licin. Warnanya mungkin perang tua, kelabu-perang atau hitam, dan biasanya berbintik-bintik lebih gelap. Ia mempunyai ekor leper yang kuat dan empat kaki yang lemah. Ia mempunyai insang luar yang berwarna merah keunguan di belakang kepalanya yang pendek dan leper. Mudpuppy juga dinamakan water dog. | UMUM | |
PLEKOPTERA | Plekoptera ialah serangga yang bertelur di dalam air. Anak plekoptera tinggal di anak sungai atau di sepanjang kolam cetek yang berbatu. | UMUM | |
IKAN PUTIH | Ikan putih ialah nama sekumpulan ikan yang hidup di air tawar. Ikan putih terdapat di banyak tasik dan anak sungai di kawasan utara Eropah, Asia, dan Amerika Utara. | UMUM | Umum |
DIATOM | Diatom ialah organisma mikroskopik bersel tunggal. Diatom terdapat di lautan, tasik air tawar, sungai dan anak sungai dan juga di tanah yang lembap. Dalam air, diatom hidup melekat pada batuan, pasir atau tumbuhan, atau ia mungkin terapung bebas | UMUM | |
OSIER | Osier ialah nama pokok renek dan pokok kecil tertentu dalam famili willow. Ia tumbuh subur di sepanjang anak sungai. Willow ini mempunyai batang yang kuat dan lampai yang boleh digunakan untuk membuat bakul dan perabot. Osier biasa dan osier ungu ditanam untuk batangnya yang fleksibel. Dogwood Amerika dinamakan dogwood osier- merah kerana kulit kayunya menyerupai kulit kayu sesetengah willow. | UMUM | |
SUNGAI AMUR | Sungai Amur ialah anak sungai di timur Siberia, terbentuk akibat percantuman Sungai Argun dan Sungai Shilka. Sistem Sungai Amur–Argun sepanjang 4416 kilometer (lihat Rusia [peta rupa bumi]. | UMUM | |
AIR TERJUN | Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ). | UMUM | |
BURUNG BATUAN | Burung batuan ialah nama dua spesies burung Amerika Selatan. Satu spesies hidup di jurang berbatu berdekatan dengan anak sungai gunung di Banjaran Andes dari Columbia hingga ke Bolivia. Spesies satu lagi hidup di pergunungan dari Columbia hingga ke Guiana Perancis dan di utara Brazil. | UMUM | |
MUKOMUKO | MUKOMUKO , wilayah utama Kesultanan Anak Sungai, Minangkabau, Indonesia. Mukomuko mendapat namanya daripada sungai kecil yang banyak merentasi kawasan pantai yang sempit. Pada asalnya, Sultan Muhammad Syah meletakkan wilayah Anak Sungai ini di bawah kekuasaan Inderapura, iaitu kawasan yang terkenal dengan lada dan ditadbir oleh seorang wakil ditempatkan di Menjuto. Oleh sebab Anak Sungai mengatasi Inderapura dari segi pengeluaran lada, wilayah ini memperoleh kebebasannya dalam mencari pasaran lada menerusi ibu pejabat British di Bangkahulu. Dengan sokongan British, Sultan Gulemat (m.m. 1691-1716) menabal dirinya sebagai Sultan Anak Sungai yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |