| ANATOMI BANDINGAN | Anatomi bandingan lihat Anatomi.  | UMUM |   | 
			
				| ANATOMI | Anatomi ialah kajian tentang struktur tumbuh-  tumbuhan, haiwan, dan manusia. Istilah ini terbit  daripada perkataan Yunani yang bermakna  “membedah”, kerana pengetahuan anatomi buat  pertama kali diperoleh melalui pembedahan. Badan  manusia dan haiwan adalah sangat kompleks  sehingga ahli sains membahagikan anatomi kepada  banyak cabang. Anatomi kasar ialah kajian struktur  haiwan yang boleh dilihat oleh mata kasar. Anatomi   mikroskopik, atau histologi, ialah kajian tentang tisu  di bawah mikroskop. Anatomi perbandingan   membandingkan struktur haiwan yang berbeza-beza.  Embriologi ialah kajian tentang perkembangan  tumbuh-tumbuhan dan haiwan semasa peringkat  terawalnya.  | UMUM |   | 
			
				| SWAMMERDAM, JAN | Swammerdam, Jan (1637–1680) ialah pakar anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil, terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi saraf dan otot.  | UMUM |   | 
			
				| ANATOMI TUMBUHAN | Anatomi tumbuhan, kajian morfologi tumbuhan yang berkaitan dengan organisasi atau sistem struktur dalam dan bentuknya.  | BIOLOGI | Kaedah | 
			
				| MORGAGNI, GIOVANNI BATTISTA | Morgagni, Giovanni Battista (1682–1771), ahli anatomi dan ahli patologi Itali, dikenali sebagai ‘bapa patologi anatomi’. Dia menemui dan menerangkan tentang beberapa penyakit jantung dan saluran darah. Buku Morgagni, On the Seats  and Causes of Diseases  (1761), merupakan pencapaian penting dalam sejarah patologi (lihat Patologi).  | UMUM |   | 
			
				| STUBBS, GEORGE | Stubbs, George (1724–1806), pelukis, pengukir dan ahli anatomi British yang termasyhur kerana lukisannya tentang kuda. Dia menulis dan mengukir ilustrasi bagi Anatomy of the Horse, yang diterbitkan pada tahun 1766. Stubbs lahir di Liverpool, England. Dia mempelajari dan kemudian mengajar anatomi di Hospital York, di Yorkshire.  | UMUM |   | 
			
				| PLEKSUS | Pleksus dalam anatomi, ialah rangkaian bahagian yang saling terjalin.  | UMUM |   | 
			
				| APENDIKS | Apendiks dalam anatomi ialah struktur yang melekat pada bahagian yang lebih besar atau lebih penting. Istilah ini biasanya merujuk kepada  apendiks vermiform  (bak cacing), tiub halus dan tertutup yang menganjur dari  usus buntu  , bahagian pertama usus besar.  | UMUM |   | 
			
				| BICHAT, MARIE FRANÇOIS XAVIER | Bichat, Marie François Xavier (1771–1802)  ialah pakar bedah, ahli anatomi dan ahli fisiologi  Perancis. Dia ialah ahli sains pertama mengasaskan  anatomi dan fisiologi pada kajian tisu dan bukan  pada organ. Bichat ialah salah seorang pengasas  histologi , kajian tentang struktur halus haiwan  dan tisu sayuran. Dia menggesa penggunaan  autopsi dalam mengkaji penyakit, dan dia sendiri  melakukan lebih daripada 600 autopsi.  | UMUM |   | 
			
				| MALPIGHI, MARCELLO | Malpighi, Marcello (1628–1694), ahli anatomi  Itali yang terkenal kerana penyelidikannya tentang  struktur tisu manusia. Dia menemui saluran  rerambut, iaitu pembuluh darah kecil yang  membawa darah di antara arteri dan vena.   | UMUM |   |