Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia mewakili semangat gerakan kemerdekaan Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun 1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap. Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell ditangkap dan dirantai. |