Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.né.mo.fi.li] | انيميا

Definisi : (anémia) (Ubat) penyakit yg diakibat­kan oleh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dlm sel darah merah, ataupun perdarahan yg berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.né.mo.fi.li] | انيميا

Definisi : /anémia/ ist keadaan darah yg kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dan menyebabkan penghidapnya berasa lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anemia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANEMIA

Anemia ialah keadaan jumlah sel darah merah

yang sihat berkurangan di bawah paras normal.

Sel darah merah mengambil oksigen di dalam

paru-paru dan membawanya ke tisu-tisu di

seluruh badan. Di sana, oksigen digabungkan

dengan makanan untuk mengeluarkan tenaga.

Dalam diri orang yang mengalami anemia, darah

tidak dapat membekalkan tisu dengan oksigen

yang mencukupi. Maka orang itu berasa lemah

atau letih. Simptom lain ialah pening, sakit

kepala, kulit pucat atau sejuk, degupan jantung

yang deras, dan kesukaran bernafas.

UMUM 
MINOT, GEORGE RICHARDS

Minot, George Richards (1885–1950), doktor

Amerika yang sangat terkenal di dunia dalam

bidang penyakit darah. Pada tahun 1926, dia

memperkenalkan rawatan hati kepada pesakit

anemia pernisius. Kajiannya menunjukkan bahawa

apabila seseorang pesakit dirawat dengan

memberinya diet yang mengandungi banyak hati,

anemia akan hilang. Penemuannya ini telah

memberi peluang kepada pesakit anemia untuk

sembuh.

UMUM 
TALASEMIA

Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan

yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi

terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya

berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia

juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan

sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.

Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia

tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang

mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna

merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa

oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin

menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen

yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa

kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan

kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,

kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan

terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai

jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini

juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,

khususnya tulang di bahagian muka.

UMUM 
ADDISON, THOMAS

Addison, Thomas (1793–1860) ialah doktor British

yang terkenal kerana pemeriannya tentang penyakit

Addison. Addison melaporkan dalam satu kertas

penyelidikan pada tahun 1855, bahawa dalam

keadaan penyakit ini, kulit menjadi kuning tembaga

berserta kelenjar adrenal yang berpenyakit. Dia juga

memerikan anemia Addison, yang kini dikenali

sebagai anemia pernisius (lihat Anemia ). Semasa

hayatnya, reputasi Addison terletak pada

kebolehannya yang terkemuka sebagai doktor dan

guru. Ketelitiannya melakukan pemeriksaan pada

pesakit dan ketepatan diagnosisnya menjadi terkenal.

UMUM 
OSTEOSKLEROSIS

Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan

dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh

melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang,

atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa

yang dikenali sebagai tulang marmar atau

osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang

berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam

penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal.

Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang

mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang

membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak

mengalami anemia yang teruk.

Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi

rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal.

Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian

tulang akibat jangkitan atau tumor.

UMUM 
SKURVI

Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh

kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet.

Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C,

sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan

mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran

darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan

sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh

menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut

dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan

gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera

makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah.

Anemia juga boleh berlaku.

UMUM 

Kembali ke atas