Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kabinet (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan portfolio: jabatan, jemaah menteri,

2. Bersinonim dengan perabot: almari, peti.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKATAN LORONG CATO

Pakatan Lorong Cato ialah komplot untuk

membunuh anggota Kabinet British pada tahun

1820.

UMUM 
SALISBURY, MARQUESS OF

Salisbury, Marquess of (1830–1903) ialah

negarawan British yang menjadi perdana menteri

sebanyak tiga kali. Dia menjadi anggota Kabinet

pada tahun 1867 dan tahun 1874 sebagai setiausaha

negara untuk India di bawah Perdana Menteri

Benjamin Disraeli. Apabila Disraeli meninggal

dunia pada tahun 1881, Salisbury menjadi

pemimpin Parti Konservatif. Dia menjadi perdana

menteri dari 24 Jun 1885 hingga 6 Februari 1886;

dari 3 Ogos 1886 hingga 8 Ogos1892 dan dari

2 Julai 1895 hingga 12 Julai 1902. Sepanjang

tempoh Parti Konservatif berkuasa, Salisbury juga

menjadi setiausaha negara untuk hal ehwal luar

negara.

UMUM 
MAJLIS PRIVI

Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik

oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri

daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim,

dan sarjana yang dipilih dari negara-negara

Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai

simbol ketua negara Komanwel. Dalam

kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota

kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji,

apabila mereka diberi tempat dalam kabinet.

Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan

kabinet Inggeris.

UMUM 
SALINAS DE GORTARI, CARLOS

Salinas de Gortari, Carlos (1948– ), dipilih

menjadi Presiden Mexico pada tahun 1988. Salinas

menjadi anggota Parti Revolusioner Berinstitusi.

Dia menggantikan Miguel de la Madrid Hurtado

sebagai presiden. Salinas ialah ahli ekonomi dan

dia berkhidmat sebagai setiausaha perancangan

dan belanjawan dalam Kabinet de la Madrid dari

tahun 1982 hingga tahun 1987.

UMUM 

Kembali ke atas