ANGIN LAZIM BARATAN | Angin lazim baratan ialah angin yang bertiup di kawasan tengah garisan lintang utara dan selatan dari arah barat ke timur. | UMUM | |
MISTRAL | Mistral adalah angin utara yang sejuk, kering, dan bertiup kencang dari barat Alps dan penara di selatan Perancis dan keluar ke Mediterranean. Udara yang berat dan sejuk dari tanah tinggi bergerak semakin laju apabila menghampiri udara yang lebih panas dan ringan di atas permukaan laut pada musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan wujudnya angin kencang secara tiba-tiba, apabila angin sejuk turun ke aras laut dan angin panas bergerak ke atas. Mistral menyebabkan fros berlaku dan menyebabkan kerosakan tumbuhan. Keadaan ini tidak sesuai bagi ladang anggur di selatan Perancis. Angin mistral lazimnya bertiup selama 100 hari dalam setahun. | UMUM | |
MONSUN | Monsun ialah angin bermusim yang bertiup di bahagian utara Lautan Hindi, terutama di Laut Arab serta kebanyakan kawasan daratan di sekelilingnya. Angin monsun bertiup sepanjang masa dari arah barat daya pada bulan April hingga Oktober. Ia bertiup dari arah timur laut pada bulan November hingga Mac. | UMUM | |
TAUFAN | Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang 15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat, dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer. | UMUM | |
PRAIRI | Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit, terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi. Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang rata di Barat Tengah Amerika memerikannya sebagai “lautan rumput”. Angin bertiup lembut ke arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan oleh aktiviti manusia. | UMUM | |
SHE-OAK | She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air garam dan boleh ditanam di pantai. Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili Casuarinaceae dan genus Casuarina. | UMUM | |
MAELSTROM | Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk pusaran yang sangat besar dan boleh memusnahkan kapal-kapal kecil. | UMUM | |
ARUS PERU | Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut. Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin meniup air permukaan yang panas, menyebabkan air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan. Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat Humboldt, Baron von ). | UMUM | |
TIBET | Tibet ialah kawasan di sebelah selatan Asia Tengah. Ia selalu digelar Bumbung Dunia. Gunung-ganangnya diseliputi salji dan penaranya yang terdedah kepada angin adalah yang tertinggi di dunia. Gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest, menjulang sepanjang kawasan pergunungan di bahagian selatan Tibet. Ka-erh, di barat Tibet dipercayai bandar tertinggi di dunia. Ia terletak lebih daripada 4570 meter di atas aras laut. Dasar lembah di Tibet lebih tinggi daripada puncak gunung di kebanyakan negara lain. Lhasa ialah ibu negara Tibet. | UMUM | |
AZIMUT | Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 ° ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut. Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S 135 ° B. | UMUM | |