ANGKA ROMAN | Angka Roman merupakan simbol yang mewakili nombor. Semua angka Roman ditulis berasaskan tujuh simbol asas, sama ada ditulis secara berasingan ataupun digabungkan. Tujuh simbol tersebut ialah I (1), V (5), X (10), L (50), C (100), D (500), dan M (1000). | UMUM | |
PEREDAR | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.). Siri <I style="mso-bidi-font-style: normal">PeredarI> bermula dari penerbitan <I style="mso-bidi-font-style: normal">Buku Tubuh Lembagaan I>dan<I style="mso-bidi-font-style: normal"> Buku Undang-Undang I>serta <I style="mso-bidi-font-style: normal">Buku KelantanI> yang bermula pada tahun 1936. Selepas itu barulah diterbitkan jurnal <I style="mso-bidi-font-style: normal">Peredar Angka 2.I> Penerbitan siri <I style="mso-bidi-font-style: normal">PeredarI> dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D. Persatuan ini telah dapat menerbitkan <I style="mso-bidi-font-style: normal">PeredarI> sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941. Dalam siri <I style="mso-bidi-font-style: normal">Peredar I>yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi. Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal <I style="mso-bidi-font-style: normal">Peredar I>ini ialah: | BAHASA | Karya |
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal <I style="mso-bidi-font-style: normal">Peredar I> Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu I>membicarakan satu segi tatabahasa Melayu. Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan. Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu. Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya. Perkara-perkara yang dibicarakan ialah: | BAHASA | Karya |