| IKATAN | Ikatan dalam kimia, ialah daya yang menarik atom antara satu sama lain dan mencantumkannya.
| UMUM | Umum |
| PUTERI KAWAT | Puteri kawat juga dikenali sebagai majorette, bertanding dalam pasukan antara satu sama lain secara latihan dan dalam pelbagai taktik yang rumit. Pasukan puteri kawat kadangkala berarak dalam pesta dan upacara keraian seperti tatu tentera dan pesta keramaian. Pasukan-pasukan ini bertanding pada peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Terdapat kejohanan khas untuk remaja berumur 13 tahun dan kategori bawah 12 tahun. | UMUM | |
| MENENUN | Menenun ialah proses membuat pakaian dengan menjalinkan dua set benang di atas dan di bawah antara satu sama lain. Banyak kain dan kebanyakan selimut, pakaian, serta ambal dihasilkan melalui tenunan. Tukang tenun menggunakan benang yang dipintal daripada gentian asli seperti kapas, sutera, dan bulu. Gentian tiruan yang kuat termasuk nilon dan orlon juga popular. | UMUM | |
| MALAYSIA | Malaysia ialah negara di Asia Tenggara. Ia terdiri daripada dua kawasan yang terletak 650 kilometer di antara satu sama lain, dipisahkan oleh Laut China Selatan. Kawasan ini ialah Semenanjung Malaysia (dahulunya Malaysia Barat), dan Sabah dan Sarawak (dahulunya Malaysia Timur). Sabah dan Sarawak terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Manakala utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Thailand. Selat Tebrau memisahkan Johor dengan Singapura. | UMUM | |
| TINJU | Tinju ialah sukan apabila dua petinju bertarung antara satu sama lain dengan menggunakan penumbuk mereka. Petinju memakai sarung tangan berpad tebal dan bertarung di kawasan segi empat sama, berpagar tali yang dinamakan gelanggang. Perlawanan tinju yang baik antara dua petinju yang setanding memperlihatkan kekuatan dan kemahiran yang pantas, ganas. | UMUM | |
| SUKAN OLIMPIK | Sukan Olimpik ialah pertandingan atlet antarabangsa yang paling penting di dunia. Sukan Olimpik menemukan beribu-ribu atlet terbaik dunia untuk bertanding antara satu sama lain dalam pelbagai sukan individu dan berpasukan. Berjuta-juta orang menyaksikan sukan ini, dan lebih satu bilion orang di seluruh dunia menonton Sukan Olimpik di kaca televisyen. | UMUM | |
| ROMBUS | Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari, kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak bersudut tepat antara satu sama lain. | UMUM | |
| ROMMEL, ERWIN | Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari, kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak bersudut tepat antara satu sama lain. | UMUM | |
| TELINGA | Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria yang sangat penting. Pendengaran membolehkan kita berhubung antara satu sama lain melalui pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak belajar bercakap dengan cara mendengar dan kemudiannya meniru percakapan orang lain. | UMUM | |
| ANYAMAN | Hasil daripada satu proses menjalinkan helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain. Bahan asas ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan. | BUDAYA | Kraf Tangan |