ANTI-CHRIST | Anti-Christ adalah kuasa atau orang yang menentang Jesus Christ. Menurut kitab Bible, Anti- Christ akan berkuasa sebelum Hari Pengadilan, tetapi kemudian dikalahkan oleh Christ. Gagasan tentang perang akhir antara yang baik dengan yang jahat wujud di kalangan orang Babylon, Iraq, dan Yahudi sebelum diterima oleh Kristian. Istilah A nti- Christ muncul hanya dalam Warkah John yang Pertama dan Kedua. Konsep Anti-Christ muncul dalam Wasiat Baru. Sebagai contoh, konsep ini dilambangkan dalam Book of Revelation sebagai sejenis haiwan, satu bentuk Iblis. | UMUM | |
STOWE, HARRIET BEECHER | Stowe, Harriet Beecher (1811–1896) ialah penulis wanita Amerika yang dikenangi terutamanya kerana novel anti perhambaannya, Uncle Tom’s Cabin (1851–1852). Buku itu amat berjaya di Amerika Syarikat dan juga di luar negeri, dan beberapa wataknya, termasuk Uncle Tom, Little Eva, Topsy, dan Simon Legree, menjadi masyhur. | UMUM | |
KIAI SALLEH | Kiai Salleh (1916–1956) ialah nasionalis Melayu yang menentang Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang melakukan kekejaman ke atas orang Melayu yang dikatakan pro-Jepun. Kiai Salleh menubuhkan pasukan tentera yang dikenali sebagai Tentera Selendang Merah untuk melancarkan penentangan tersebut. | UMUM | |
PLUMBUM TETRAETIL | Plumbum tetraetil ialah bahan yang ditambah kepada petrol untuk memperbaik prestasi enjin. Bahan ini dikenali sebagai bahan tambah anti- ketukan kerana ia mengurangkan bunyi “ketukan” atau bunyi “desing” yang dihasilkan oleh enjin. Enjin membuat ketukan ini jika petrol dalam silindernya mula terbakar dengan terlalu segera atau terlalu pantas. Keadaan demikian yang menyebabkan ketukan juga mengurangkan kuasa enjin dan boleh merosakkan enjin. Sedikit plumbum tetraetil dalam petrol memperbaik keadaan ini. | UMUM | |
MPAJA | MPAJA ialah pasukan tentera gerila di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ia adalah singkatan bagi Malayan People’s Anti-Japanese Army. Ia merupakan Pasukan gerila ini menggunakan topi berbintang tiga untuk melambangkan tiga bangsa utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India. Pasukan ini juga dikenal sebagai Bintang Tiga. | UMUM | |
RENTAP | RENTAP (? - ? ), pejuang anti-British. Rentap berasal dari Skrang, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Dia memimpin orang-orangnya menentang pemerintahan dan dasar yang diperkenalkan oleh James Brooke pada tahun 1840-an. Baginya dasar James Brooke yang menghalang kebebasan hidup masyarakat Iban yang berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan yang baharu bererti membantutkan cara hidup masyarakat Iban yang gemar berhuma. Rentap dan rakan-rakannya menentang dasar pemerintahan Brooke demi mengekalkan cara hidup mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NAZAR NONG | NAZAR NONG, (1928-1994), pejuang anti-British. Dia lahir pada 25 Januari 1928, di Kuala Lipis, Pahang. Dia berasal daripada keturunan keluarga Tuk Gajah dan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama Dato’ Bahaman menentang penjajah Britsh pada akhir abad ke-19. Bapanya, Mohammad Nong bin Abdul Rahman, penghulu yang disegani dan pernah berkhidmat di beberapa buah mukim termasuk Budu, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling d Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERANG SAUDARA IRELAND | Perang Saudara Ireland tercetus antara penyokong dan penentang perjanjian Anglo- Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember 1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari 1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang menyokong perjanjian memenangi peperangan yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland. Kemenangan mereka menjamin hidupnya demokrasi berparlimen dan menyingkirkan ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti- perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik Ireland sehingga kini. | UMUM | |
DARURAT (1948-1960) | Darurat (1948-1960), keadaan tidak aman yang tercetus akibat konflik antara kerajaan Inggeris di Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan pergerakan anti-penjajah yang lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
KOREA | Korea ialah negara di timur Asia yang terdiri daripada dua buah negara. Salah sebuahnya ialah Republik Korea – biasanya dikenali sebagai Korea Selatan. Seoul ialah ibu negara dan bandar raya terbesar. Sebuah lagi ialah Republik Rakyat Demokratik Korea – biasanya dikenali sebagai Korea Utara. Pyongyang ialah ibu negara dan bandar raya terbesar. Korea Utara ialah kerajaan Komunis. Kerajaan Korea Selatan pula anti- Komunisme. | UMUM | |