Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat. Mereka membahagikan primat kepada dua jenis utama: (1) antropoid – manusia, beruk dan monyet, dan (2) prosimia – aye-aye, galago, lemur, kongkang, poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan tikus kesturi sebagai prosimia. |