Taftazaniy, Sa‘d al-Din al- (712–791 H.), pakar ilmu usul, tafsir, aqidah, balaghah, dan sastera. Nama penuhnya ialah Mas‘ud ibn ‘Umar ibn ‘Abdullah al-Taftazaniy. Dia lahir di Taftazan di negeri Khurasan dan nama gelarannya diambil daripada nama tempat ini. Dia mengarang banyak kitab, antaranya bertajuk al-Talwih fi Kashf Haqa’iq al-Tanqih yang berkaitan dengan ilmu usul, Sharh al-Tasrif al-‘Arabiy tentang ilmu sarf, Sharh Maqasid al-Talibin fi ‘Ilm Usul al-Din tentang agama, dan kitab al-Mutawwil tentang ilmu balaghah. |