SURAH AL-SYU'ARA' | Surah al-Syu‘ara’ ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 127 ayat. Surah ini dinamakan al-Syu‘ara’ (para penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya perihal para penyair. Ia bertujuan untuk menolak anggapan musyrikin yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. seorang penyair dan semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair. Oleh itu, Allah S.W.T. menolak anggapan tersebut melalui surah ini. | UMUM | |
MU'JAM AL-SHU'ARA' | Mu’jam al-Shu‘ara’ ialah antara hasil penyusunan penulisan tahun keempat Hijrah. Ia disusun oleh Abu ‘Ubaydullah Muhammad ibn ‘Imran al-Marzabaniy (meninggal dunia tahun 384 H. bersamaan 994 M.). Dia berasal dari Khurasan dan dibesarkan di Baghdad. Kepakarannya adalah dalam bidang penyampaian sastera dan berita. Namanya terkenal melalui buku al-Muwashshah dan Mu’jam al-Shu‘ara’. | UMUM | |
ARA | Ara, tumbuhan yang terdiri daripada pokok renek, epifit, pepanjat dan tumbuhan menjalar yang pada asalnya pokok penumpang. Nama saintifiknya ialah Ficus spp. daripada famili Moraceae. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
POKOK BERINGIN | Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu pokok beringin mempunyai banyak batang dan boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang ini kemudiannya membesar menjadi batang dan tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok beringin membunuh pokok topang dengan menjerutnya. | UMUM | |
AHMADY ASMARA | AHMADY ASMARA (1921-1963), WARTAWAN DAN PENULIS. Dia lahir pada 2 Ogos 1921 di Sungai Ara, Pulau Pinang. | SASTERA | Konsep |
BERINGIN | BERINGIN, (Ficus benjamin linn dan digolongkan dalam famili Moraceae), pokok peneduh yang dapat digunakan dalam perubatan tradisional Melayu. Pokok ini dikenal juga dengan nama lain iaitu ara, weringin, jawi-jawi, jejawi dan kelat sega. Terdapat banyak lagi spesies yang tergolong falam genus Ficus di Malaysia tetapi hanya Ficus benjamina sahaja yang dirujuk sebagai beringin. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN | MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN ( ? -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |