ARAK PAHIT | Arak pahit ialah istilah bagi cecair yang diekstrak daripada herba, daun, kulit kayu, akar, atau putik buah yang pahit. Banyak orang yang meminum arak pahit sebagai ubat untuk menambahkan selera dan mengaktifkan pencernaan. Manusia juga menggunakan arak pahit sebagai perisa dalam minuman alkohol tertentu. Sesetengah arak pahit jenis tertentu termasuklah Angostura, cinchona, limau oren, gentian, dan camomile. | UMUM | |
ALKOHOLISME | Alkoholisme ialah penyakit pada seseorang yang mempunyai keinginan yang amat kuat untuk meminum arak. | UMUM | Umum |
DELIRIUM TREMENS | Delirium tremens yang kerap dikenali sebagai <I>DT’sI>, ialah gangguan saraf dan mental akibat alkoholisme akut. Ramai orang menjadi benar-benar terganggu dan mengalami delirium tremens akibat meminum arak yang luar biasa lamanya dan banyaknya. | UMUM | |
ANTABUSE | Antabuse ialah nama dagang ubat yang digunakan secara meluas untuk merawat alkoholisme yang kronik. Nama generik ubat ini ialah <i> disulfiram i> . Antabuse bukan penyembuh untuk alkoholisme. Ia dipreskripsikan untuk membantu mereka yang ingin berhenti meminum arak. | UMUM | |
NORMAN, LILITH | Norman, Lilith (1927– ), penulis buku kanak- kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya penulisannya yang benar dan berterus terang dalam novelnya. Novelnya yang pertama, <i> Climb a Lonely i> <i> Hill i> (1970), memperkatakan tentang masalah kanak- kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain termasuk <i> The Shape of Three i> (1971), <i> The Flame i> <i> Takers i> (1973), <i> Mocking-Bird Man i> (1977), <i> A Dream of i> <i> Seas i> (1978), dan <i> My Simple Little Brother i> (1979). Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor <i> School Magazine i> pada tahun 1970. | UMUM | |
SLO | Slo, juga dikenali sebagai <i>blackthorni>, ialah pokok renek yang berduri, bercabang yang berkaitan dengan plum. Ia tumbuh di Eropah, Asia Tengah, dan bahagian timur Amerika Utara. Bunganya berwarna putih dan buahnya kecil berwarna hitam. Buahnya kurang daripada 13 milimeter diameternya dan digunakan untuk membuat wain, jem, jeruk, dan pewarna. Gin slo adalah arak samar yang diwarnakan dan diperisakan dengan slo. Dahan slo digunakan untuk membuat tongkat dan pemegang alat. | UMUM | |
ALCOTT, LOUISA MAY | Alcott, Louisa May (1832–1888) merupakan penulis Amerika yang terkenal dengan novel kanak-kanaknya. Bukunya yang terkenal, <I>Little Women I> (1868–1869) menceritakan empat orang adik beradik perempuan yang membesar di sebuah bandar kecil di New England pada pertengahan tahun 1800-an. Di samping menulis, Alcott berusaha mendapatkan hak mengundi untuk wanita dan aktif dalam pergerakan antiminum arak. | UMUM | |