Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rés] | اريس

Definisi : (arés) IB 1. penangkapan; 2. hukuman (tidak boleh keluar rumah dll); mengares 1. menahan, menangkap; 2. menghukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ares


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARES

Ares ialah dewa perang dalam mitologi Yunani.

Ares ialah anak lelaki kepada Zeus dan Hera, raja

dan permaisuri segala dewa. Dewi orang Rom

Mars menyerupai Ares, tetapi Ares kurang penting

dari segi moral dan agama bagi orang Yunani

daripada Mars bagi orang Rom. Ares

mencerminkan aspek perang yang paling kejam

dan ganas. Orang Yunani, yang meletakkan sedikit

nilai pada kualiti ini, tidak menghormati Ares.

UMUM 
AEROPAGUS

Areopagus ialah majlis tertua dan paling

dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara

ternama yang memegang jawatan sebagai archon,

salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens,

ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada

sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa

pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira

pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru,

Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas

Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan

tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan

ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih

mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk

mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana

boros, biadab atau melampau. Majlis archon

dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of

Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat.

Lihat juga Solon .

UMUM 

Kembali ke atas