Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata argentina


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROSARIO

Rosario (pend. 1 079 359) ialah bandar ketiga

terbesar di Argentina. Hanya Buenos Aires dan

Córdoba mempunyai penduduk yang lebih ramai.

Rosario terletak di Sungai Paraná, di bahagian timur-tengah

Argentina [lihat Argentina (peta politik)].

Bandar ini ialah bandar pelabuhan pedalaman yang

utama dan pusat industri yang penting di Argentina.

UMUM 
ARGENTINA

Argentina ialah negara yang kedua terbesar dari

segi keluasan dan penduduk di Amerika Selatan.

Hanya Brazil meliputi keluasan yang lebih besar

dan mempunyai lebih ramai penduduk. Argentina

berbentuk panjang tirus dan meliputi selatan

Amerika Selatan. Ia menganjur dari Chaco Bolivia

di utara hingga ke Terusan Beagle di selatan.

UMUM 
SAN MARTIN, JOSÉ DE

San Martin, José de (1778–1850) ialah jeneral

Argentina yang membantu memimpin perjuangan

merebut kemerdekaan di Amerika Selatan

menentang Sepanyol. Dialah pahlawan Argentina

yang teragung.

UMUM 
SANTA FE

Santa Fe (pend. 441 982) ialah pusat perniagaan

dan perkapalan di timur-tengah Argentina.

Letaknya di tebing barat Sungai Paraná di kuala

Sungai Salado (lihat Argentina [peta politik]).

Bandar ini ialah ibu provinsi Santa Fe.

Peneroka dari Asunción, yang kini Paraguay,

mengasaskan Santa Fe berhampiran dengan

tapaknya kini pada tahun 1573. Tetapi tapak Santa

Fe kini tidak diduduki secara tetap hingga tahun

1651.

UMUM 
PERÓN, JUAN DOMINGO

Perón, Juan Domingo (1895–1974) ialah

presiden Argentina dari tahun 1946 hingga tahun

1955. Dia sekali lagi menjadi presiden pada tahun

1973. Pemberontakan tentera telah menamatkan

jawatan presiden pertamanya pada tahun 1955

dan dia meninggalkan Argentina. Tetapi dia

kembali pada tahun 1973 dan dipilih sebagai

presiden pada tahun tersebut. Dia menjadi

presiden sehingga kematiannya pada tahun 1974.

UMUM 
PORTENOS

Portenos lihat Argentina (Cara hidup) ; Buenos

Aires (Penduduk).

UMUM 
ARTIGAS, JOSÉ GERVASIO

Artigas, José Gervasio (1764–1850) ialah

pahlawan kebangsaan Uruguay. Dia menyertai

patriot Argentina pada tahun 1810 dalam

pemberontakan menentang Sepanyol. Dia pulang

ke Uruguay, dan mengerahkan tentera untuk

memerangi Sepanyol. Untuk seketika waktu pada

tahun 1815, dia menjadi pelindung atau pemerintah

sebahagian besar Uruguay dan beberapa provinsi di

Argentina. Tetapi tentera menawan Portugis

Montevideo pada tahun 1817, dan Artigas akhirnya

lari ke Paraguay pada tahun 1820. Dia lahir di

Montevideo. Lihat Uruguay (Kemerdekaan).

UMUM 
AIR TERJUN IGUACU

Air Terjun Iguacu lihat Argentina (Muka bumi;

gambar).

UMUM 
MARADONA, DIEGO ARMANDO

Maradona, Diego Armando (1960– ),

pemain bola sepak Argentina yang terkenal pada

tahun 1980-an.

UMUM 
QUEBRACHO

Quebracho ialah sejenis pokok yang tumbuh di

Amerika Selatan terutamanya di Argentina dan

Paraguay. Kayu pokok ini mengandungi 20 peratus

hingga 30 peratus tanin.

UMUM 
123

Kembali ke atas