ARKITEK | Arkitek, seorang profesional yang dilatih dengan kemahiran merancang, mereka bentuk, mengatur dan menyelia kerja-kerja pembinaan bangunan. | KEJURUTERAAN | Disiplin Ilmu |
SOANE, SIR JOHN | Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang dilantik sebagai arkitek Bank of England pada tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia membina semula hampir keseluruhan bangunan tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga membina Dulwich College Picture Gallery di London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St. John di Bethnal Green, Trinity Church di Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane lahir di Whitchurch, berhampiran Reading, Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn Fields kepada Kerajaan British yang dikenali sebagai Muzium Sir John Soane. | UMUM | |
ROOT, JOHN WELLBORN | Root, John Wellborn (1850–1891) ialah salah seorang daripada arkitek Amerika yang terpenting di Chicago School. Sekolah ini mempunyai sekumpulan arkitek yang berpengaruh yang telah menjalani latihan di Chicago pada akhir tahun 1800-an. Root menjadi ketua dalam pembangunan estetik dan teknikal bagi rekaan bangunan pejabat pencakar langit. | UMUM | |
NERVI, PIER LUIGI | Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri yang praktik mestilah cantik dan anggun berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh berdasarkan pengiraan matematik berbanding dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula dikenali apabila dia menggunakan konkrit bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa teknik struktur dengan menggunakan konkrit. | UMUM | |
VITRUVIUS | Arkitek dan penulis Rom yang aktif dari tahun 46 hingga 30 SM. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
SINAN | Arkitek Muslim yang masyhur di Turki pada zaman Kesultanan Ottoman. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
ZAHA HADID | Arkitek wanita pertama menerima Pritzker Architecture Prize (2004). | KEJURUTERAAN | Tokoh |
SANTIAGO CALATRAVA | Arkitek Sepanyol. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
WRIGHT, FRANK LLYOD | Arkitek Amerika terunggul yang dianggap sebagi ikon bukan sahaja oleh pengkritiknya, tetapi juga budaya popular. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
NIEMEYER, OSCAR | Niemeyer, Oscar (1907– ), arkitek Brazil. Dia terkenal sebagai pereka bentuk bangunan utama di Brasilia , ibu negara Brazil (lihat Brasilia ). Niemeyer sering menggunakan bentuk berhias bagi keseluruhan bangunan, dan dalam unsur seni bina yang berulang-ulang. Dia pernah mengatakan bahawa reka bentuknya diilhamkan oleh keadaan iklim dan sosial Brazil, dan warisan kolonial seni barok di Brazil. | UMUM | |