Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ti.fak] | ارتيفک

Definisi : barang-barang buatan manusia (ter­utama­nya alat perkakas, senjata) yg merupa­kan peninggalan sesuatu zaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ti.fak] | ارتيفک

Definisi : barang-barang buatan manusia, terutamanya alat perkakas dan senjata, yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artifak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTIFAK ISLAM

Artifak Islam. Tinggalan purba pada umumnya

bermaksud benda-benda yang dibuat oleh

manusia atau digunakan oleh manusia berupa

tempat tinggal, perkakas rumah, alat-alat dan

kesenian yang kemudiannya ditinggalkan kerana

peredaran zaman. Sejak dahulu lagi, manusia

sudah tahu menghargai barang-barang purba. Ini

kerana menghargai barang-barang purba, menjaga

hak milik dan mengingati tuan punya, serta

menikmati kecantikan mempunyai hubungan yang

erat dengan kecenderungan dan naluri manusia

yang ingin memilikinya, menikmati keindahannya

serta ingin mengetahuinya.

UMUM 
ZABURkitabAGAMAArtifak/Mentifak
MOHOR RAJA-RAJA MELAYU BUDAYAArtifak/Mentifak
PEKING MANartifal sejarahSEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
SENJATA MELAYUSenjata tradisional masyarakat MelayuBUDAYAArtifak/Mentifak
TAURATkitab yang diturunkan kepada Nabi MusaAGAMAArtifak/Mentifak
TUGU PERINGATAN NEGARATugu kebangsaan untuk memperingati pengorbanan perajurit negara Malaysia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
BATU ACEHBatu Aceh, artifak warisan sejarah dan budaya Melayu yang masih kekal yang menampakkan pengaruh Islam yang disebut juga sebagai batu nisan Aceh. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TEMBELING

TEMBELING, tapak arkeologi terbuka yang mewakili zaman prasejarah di Malaysia, terutamanya di sepanjang Sungai Tembeling. Kawasan ini terletak di daerah Jerantut, utara Pahang. Di kawasan tersebut telah ditemukan banyak tapak prasejarah yang mendedahkan artifak daripada kebudayaan Neolitik dan Logam. Terdapat sejumlah 12 tapak arkeologi di sepanjang Sungai Tembeling dan membuktikan penemuan artifak daripada dua kebudayaan tersebut. Tapak-tapak tersebut ialah Nyong, Batu Pasir Garam, Teluk Lubuk Puai, Bukit Jong, Kampung Pagi, Kampung Bantal, Jeram Koi, Bukit Komel, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai dan Kampung Pengau yang terletak di sepanjang Sungai Tembeling dan cawangannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PAJANG

PAJANG, kerajaan tua di pedalaman Jawa Tengah, Indonesia. Pajang terletak di antara Solo dan Kartosuro, lebih kurang 5 km dari pusat kota Surakarta sekarang. Di Pajang ditemui ribuan serpihan artifak tembikar buatan China dan Asia Tenggara. Artifak ini adalah peninggalan abad ke-13 hingga abad ke-17. Pada taun 1940, ketika dilakukan panggalian pada tempat tersebut, ditemui sebuah fondamen yang diperbuat daripada batu-bata yang besar ukurannya, dan batu-bata yang disusun tanpa perekat kapur ataupun simen. Selain itu ditemui sebuah batu berbentuk kubus (kiub) tanpa hiasan, yang disebut ‘yoni’. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut sebagai alas sebuah tiang pendapa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
1234

Kembali ke atas