ARU (HARU) | Kerajaan lama yang berpusat di daerah Deli moden dan disebut sebagai negeri jajahan Majapahit dalam Negarakertagma (1365). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
BADAN BAHASA SABAH | BADAN BAHASA SABAH, persatuan penulis. Persatuan ini ditubuhkan pada 15 Mac 1970 di Tanung Aru, Kota Kinabalu, Sabah sebagai hasil percantuman antara Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) dengan Persatuan Penulis-penulis Sabah (PERPESA). Badan Bahasa Sabah ini juga dikenal dengan singkatan BAHASA. | SASTERA | Konsep |
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH | SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (1586-1603), Sultan Aceh. Sultan Alauddin juga dikenal sebagai Sultan Alaiddin Riayat Syah Saidil al-Mukammil. Baginda ialah putera Raja Abdullah, bekas Walikota Aru yang bernama Djaqahhar Syah. Baginda ialah nenda Sultan Iskandar Muda, Raja Aceh yang amat masyhur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |