Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arus besar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARUS TELUKAN

Arus Telukan ialah arus lautan yang utama. Arus

yang pantas ini membentuk sistem arus di

bahagian besar pinggir barat laut yang mengalir

mengikut arah jam di Lautan Atlantik Utara. Arus

Telukan mempunyai kesan yang penting terhadap

iklim, pengangkutan laut, dan peredaran nutrien

dan bahan buangan di dalam lautan.

UMUM 
MAELSTROM

Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di

Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di

kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan

pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam

pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom

menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup

bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang

dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk

pusaran yang sangat besar dan boleh

memusnahkan kapal-kapal kecil.

UMUM 
AMPLIFIER MAGNET

Amplifier magnet,juga dikenali sebagai reaktor

boleh tepu, ialah alat yang digunakan untuk

mengawal kuasa elektrik yang besar. Ia digunakan

apabila arus elektrik terlalu besar atau keadaan lain

terlalu teruk bagi amplifier transistor atau injap.

Contohnya, amplifier magnet selalu digunakan

untuk mengawal kelajuan motor elektrik yang besar

ataupun kecerahan lampu-lampu landasan di

lapangan terbang.

UMUM 
TELUK MEXICO

Teluk Mexico ialah sebahagian daripada Lautan

Atlantik yang melengkung dan besar. Ia hampir

dikelilingi oleh Amerika Syarikat dan Mexico. Teluk

ini membentuk satu lembangan lautan yang luas

dan meliputi hampir 1 800 000 kilometer persegi.

Panjangnya dari utara ke selatan ialah 1300

kilometer dan lebarnya 1770 kilometer. Selat

Yucatán menyambungkan Teluk Mexico dengan

Laut Caribbean, dan Selat Florida mencantumkannya

dengan Lautan Atlantik. Air teluk yang suam

mengalir melalui Selat Florida menjadi arus

Atlantik yang penting yang dikenali sebagai Arus

Telukan (lihat Arus Telukan) .

UMUM 
SELAT BASS

Selat Bass memisahkan Tasmania dari tanah

besar Australia. Untuk lokasinya, lihat Australia

(peta politik). Selat ini lebarnya lebih kurang

240 kilometer. Kawasan perairan yang cetek ini

dalamnya antara 55 meter hingga 90 meter. Arus

lautan yang kuat melanda sepanjang selat ini dan

mengakibatkan keadaan yang bergelora sepanjang

tahun. Terdapat banyak pulau di Selat Bass,

termasuk gugusan pulau Furneaux dan Kent. Selat

ini dinamakan sempena nama George Bass, yang

belayar melaluinya bersama-sama Matthew

Flinders pada tahun 1798.

UMUM 
KUPU-KUPU LANG

Kupu-kupu lang ialah anggota famili

kupu-kupu besar di seluruh dunia yang berwarna

terang yang juga dikenali sebagai kupu-kupu

sfinks. Kupu-kupu ini mempunyai badan yang kuat,

bergaris arus; kepak depan yang langsing

dan kepak belakang yang kecil.

UMUM 
KELONG

Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia

terdiri daripada barisan pancang yang dibina

menghadap arus laut dalam bentuk menirus

seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi

di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap

ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu

jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang

atau ombak besar yang memungkinkan pancang

patah atau tercabut.

UMUM 
RÍO DE LA PLATA

Río de la Plata ialah sebuah muara atau teluk

yang berbentuk corong, yang dibentuk oleh

Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, di pinggir laut

tenggara Amerika Selatan. Teluk ini mengunjur ke

barat laut dari Lautan Atlantik, sepanjang lebih

kurang 270 kilometer. Air dalam jumlah yang

banyak mengalir ke teluk, dari Sungai Paraná dan

Sungai Uruguay, dan terjadilah arus yang deras.

Banyak tempat yang cetek membahayakan bot

yang belayar di sepanjang sungai. Pelabuhan

semula jadi Montevideo, di Uruguay, terletak

berhampiran muara teluk itu yang lebarnya 225

kilometer. Teluk di bahagian Argentina, iaitu di

Buenos Aires dan La Plata, limbungan kapal yang

besar telah dibina dan terusan yang dalam telah

dikorek.

UMUM 

Kembali ke atas