ASH BERDURI | Ash berduri ialah salah satu kumpulan pokok atau pokok renek. Namanya merujuk kepada duri tajam di rantingnya. Nama itu juga didasarkan pada kesamaan antara daun ash yang berduri dengan daun ash yang sebenar (lihat Ash ). Spesies ash berduri yang berlainan terdapat di Australia, Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Amerika Utara. | UMUM | |
ASH | Ash ialah sekumpulan pokok kayu keras yang terdapat di Asia, Eropah, dan Amerika Utara. Ash Eropah tumbuh sehingga 30 meter tingginya, terutamanya di tanah batu kapur di utara Eropah. Ash berbunga yang lebih kecil adalah pokok yang menarik di selatan Eropah. Daunnya besar dan bunganya putih berjambak-jambak. Pokok ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan atau pokok teduhan. Ash boleh digunakan sebagai teduhan atau untuk mencegah hakisan tanah. Ash putih dan ash merah biasa terdapat di Amerika Syarikat. | UMUM | |
ABU AL-HASSAN, AL-ASH’ARIY | Abu al-Hassan, al-Ash’ariy (260 H.–324 H./ 873 M.–936 M.) ialah ahli ilmu kalam. Nama penuhnya ialah Abu al-Hassan ‘Ali ibn Isma’il ibn Ishaq ibn Salim ibn Isma’il ibn ‘Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abu Musa ibn Bilal ibn Abu Burdah ibn Abu Musa al-Ash’ariy. Dia berasal daripada keturunan seorang sahabat yang terkenal, iaitu Abu Musa al-Ash’ariy. Menurut satu pendapat, dia dinasabkan kepada al-Ash’ariy kerana berketurunan al-Ash’ariy ibn Udad. Tetapi menurut pendapat lain, dia bergelar al-Ash’ariy kerana mempunyai rambut yang lebat ketika lahir. | UMUM | |
ASH GUNUNG | Ash gunung ialah nama bagi sekumpulan pokok dan pokok renek yang tumbuh di Hemisfera Utara. Ia tumbuh terutamanya di tempat tinggi. Daun ash gunung adalah daun majmuk, yang terdiri daripada beberapa anak daun yang terpisah. Bunganya yang berwarna putih tumbuh bergugus-gugus besar, leper. Buahnya yang berwarna jingga hingga merah adalah gugusan pom bak beri. | UMUM | |
ASH'ATH IBN QAYS, AL- | Ash‘ath ibn Qays, al- ( ?–40 H./ ?–661 M.) ialah pemerintah di daerah Kindah pada zaman jahiliah dan awal Islam. Dia digelar al-Ash‘ath kerana rambutnya yang tidak terurus. Dia menemui Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun ke-10 Hijrah bersama rombongan penunggang kuda yang terdiri daripada 70 orang penduduk Kindah. | UMUM | |
SULAYMAN IBN AL-ASH‘ATH | Sulayman ibn al-Ash‘ath (202–275 H./817–889 M.), penyusun Sunan al-Sittah (enam buah kitab hadith) yang masyhur. Nama penuhnya ialah Sulayman ibn al-Ash’ath ibn Shidad ibn ‘Amru Al- Azdiy Abu Dawud. Dia berbangsa Sajistani dan merupakan seorang imam yang penting dalam bidang ilmu hadith. Dia meriwayatkan hadith yang diambil daripada al-Qa’nabiy, Ahmad, Yahya, Ibnu Madaniy dan lain-lain. Sementara itu, ramai periwayat hadith yang mengambil hadith daripadanya seperti al-Tirmidhy, Abu Bakar (anaknya sendiri), Abu ‘Awwanah dan satu kumpulan perawi. | UMUM | |
HARI RABU ASH | | UMUM | |
MARWAN IBN AL-HAKAM | Marwan ibn al-Hakam (2 H.–65 H./623 M.– 685 M.), khalifah Bani Umayyah. Nama penuhnya ialah Marwan ibn al-Hakam ibn Abu al-Ash ibn Umayyah. Dia menjadi khalifah pertama yang dilantik dalam kalangan Bani al-Hakam ibn Abi al-Ash. | UMUM | |
ASHA'IRAH, AL- | Asha’irah, al- ialah pengikut aliran Abu al- Hassan al-Asháriy ‘Ali ibn Isma’il ibn Ishaq (meninggal dunia pada 324 H./935 M.). Dia mempunyai darah keturunan Abu Musa al- Ash’ariy r.a. Lihat Abu al-Hasan al-Ash’ariy. Pada mulanya, dia menganut mazhab Muktazilah. Lihat Muktazilah. | UMUM | |
EMIRIAH ARAB BERSATU | Emiriah Arab Bersatu ialah persekutuan tujuh negeri merdeka di barat daya Asia. Negeri-negeri ini terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung Arab di hujung selatan Teluk Parsi. Dari barat ke timur, negeri tersebut ialah Abu Dhabi, Dubayy (juga dieja Dubai), Ash Shariqah, Ajman, Umm al Qaywayn, Ras al Khaymah, dan Al Fujayrah. | UMUM | |