Asid asetik ialah asid organik dan bahan kimia
industri yang penting. Asid asetik memberi rasa
masam kepada cuka. Cuka yang digunakan di
rumah mengandungi lebih kurang lima peratus
asid ini. Asid asetik tulen dikenali sebagai asid
asetik glasial kerana asid ini memejal pada suhu
17 ° C, iaitu suhu bilik sejuk. Apabila dicairkan
dengan air, asid ini dikenali sebagai asid asetik.
Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat
daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali
sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi
5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan
dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan
penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan
menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga
yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.
Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan
bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.
Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.
Thanks for clicking. That felt good.