Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.kar]/[Öas.kar] | عسکر

Definisi : 1. tentera, serdadu, perajurit: seorang ~ payung terjun telah mati kerana kecederaan; 2. pasukan tentera: beberapa batalion ~ kerajaan telah dikejarkan ke medan perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.kar]/[Öas.kar] | عسکر

Definisi : 1 pasukan yg terdiri drpd orang-orang yg terlatih utk berperang; pasukan tentera. 2 anggota sesuatu pasukan tentera; perajurit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata askar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG SALIB

Perang Salib ialah nama sempena serangan

askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu

gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini

berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14

M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama,

iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari

segi geografi yang menyambungkan di antara

timur dengan barat, dan keinginan menguasai

tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga

bertujuan menyekat usaha pembukaan negara-

negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat

toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain.

Mereka telah menyusun tentera yang datang dari

Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan

utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan

1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun

peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan

peningkatan kekuatan senjata.

UMUM 
SEMENANJUNG BATAAN

Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk

Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau

terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung

Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina

bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan

angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas

MacArthur telah berjaya mengundurkan askar-

askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit-

bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di

semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar

Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka

telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus

daripada sebarang bantuan.

UMUM 
ASKAR PAYUNG TERJUN

Askar payung terjun merupakan askar yang

dilatih bagi melakukan serangan dari udara.

Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat

dengan menggunakan payung terjun, atau

diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal

terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun

akan mendarat di belakang barisan musuh,

meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi

dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan.

Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba

sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam

pertempuran ganas secara berhadapan. Askar

payung terjun membawa pek peralatan yang

berat, termasuk rifel automatik, mesingan,

grenad, peti perubatan dan peralatan radio.

UMUM 
ASKAR YANG TIDAK DIKENALI

Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang

Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara

Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak

dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great

Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil

keputusan memberikan suatu bentuk

penghormatan sebagai tanda mengingati askar

ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang

mewakili askar mereka yang tidak dikenali,

mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau

berhampiran dengan ibu negara dan membina

satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar

tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak

dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar

Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis

pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya

di bawah Arc de Triomphe di Paris dan

menyalakan obor di atas makam tersebut.

UMUM 
ASKAR MELAYU CEYLON SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ASKAR MELAYU SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ASKAR UPAHAN

Askar upahan ialah seseorang yang

berkhidmat dalam angkatan tentera negara luar

untuk mendapatkan wang. Kebanyakan lelaki atau

wanita yang menjadi anggota askar upahan ini

melakukannya kerana upah ataupun kerana

mereka sukakan peperangan dan pengembaraan.

UMUM 
PANCARAGAM PUSAT ASKAR MELAYU

PANCARAGAM PUSAT ASKAR MELAYU, pasukan pemain muzik yang terdiri daripada anggota askar Melayu.  Pancaragam ini wujud pada mulanya sebagai satu Pasukan Tambur Askar Melayu yang diasaskan di Depoh Askar Melayu Port Dickson pada 1 Februari 1935.  Pasukan seramai 35 orang ini dipimpin oleh Kapten Pieroe, pengarah muzik yang pertama.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ABDULLAH MUNSYI

Abdullah Munsyi (1796–1854), penulis Malaysia.

Dia digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden”

berdasarkan hasil karya pentingnya Kisah Pelayaran

Abdullah (1849). Nama sebenarnya ialah Abdullah

bin Abdul Kadir, berketurunan Arab dan India. Dia

lahir di Kampung Pali, Melaka dan mendapat

gelaran “munsyi” sewaktu mengajar bahasa Melayu

kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa

India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa,

Abdullah  menjadi guru agama, penterjemah,

wartawan, dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris.

Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk

memangku tugas Pengetua Anglo-Chinese College

apabila pengetua kolej ketika itu pulang ke England.

UMUM 
SNIPERSKOP

Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat

digunakan untuk membidik raifal dengan tepat

pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta

sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945)

untuk membolehkan pasukan tentera berjuang

dengan lebih berkesan pada waktu malam.

Sniperskop telah diganti dengan starlight skop

yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat

pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan

tentera dan polis bukan sahaja menggunakan

starlight skop untuk menembak pada waktu

malam, malah semasa meronda di tempat yang

gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada

senjata yang lebih besar seperti meriam dan

pelancar misil serta juga senapang.

UMUM 
123456

Kembali ke atas