Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mabuk atau kasih; gemar sekali (kpd); berahi: Apabila mendengar khabar itu, Raja Melaka pun sangatlah ~ akan Tun Teja. 2 sedang sibuk melakukan sesuatu; leka: Dia ~ membaca buku cerita saja. mengasyiki menjadi asyik akan; menyukai benar. mengasyikkan menyebabkan menjadi asyik; menyenangkan; melekakan. keasyikan rasa asyik; kelekaan: Mereka menjadi lalai dlm ~ menikmati hiburan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIAN ASYIK

TARIAN ASYIK, tarian tradisional negeri Kelantan.  Asyik dalam pengertian tarian ini ialah `kekasih’ dan tarian asyik bererti `tarian kekasih’.  Pada masa dahulu, tarian ini dipersembahkan semasa upacara keramaian di istana raja-raja Kelantan.  Oleh itu, penari-penari asyik ini selalunya terdiri daripada dayang-dayang istana dan mereka dilatih khas dengan kemahiran yang tinggi menarikan tarian ini.  Tarian ini sering mengisi acara majlis perkahwinan, terutamanya pada malam berinai dan malam berinai besar.  Tarian ini juga sering dipersembahkan semasa hari temasya negeri.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PETAMPETAM, perhiasan diri berbentuk separuh bulat dan melentik di kiri kanannya yang dipakai di dahi seorang wanita sebagai penyeri muka. Di Kelantan, petam disebut sebagai pemeles atau gendik. Petam biasanya dipakai untuk persembahan oleh pelakon menora, makyung atau penari gamelan dan asyik sebagai hiasan tambahan selain daripada cocok sanggul.BUDAYAAlat/Alatan
GILA

GILA, suatu keadaan mental yang tidak sihat atau tidak waras. Gila melambangkan tiga suasana atau keadaan. Suasana pertama, menggambarkan keadaan kesihatan iaitu seseorang itu dikatakan tidak sihat atau tidak waras fikirannya ekoran kerosakan yang berlaku pada otaknya, misalnya otak miring atau tiga suku dan gila isim. Suasana kedua, menggambarkan suatu keadaan yang lain daripada biasa ataupun yang tidak mengikuti kelaziman, misalnya seperti anyam gila iaitu suatu bentuk anyaman yang tidak menentu coraknya. Suasana ketiga, menggambarkan suatu keadaan yang asyik, sayang atau cinta yang amat sangat, misalnya gila bayang, gila talak, gila judi, gila pangkat dan gila perempuan.

BUDAYAPenyakit

Kembali ke atas