Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RECIFE

Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362)

terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri

Pernambuco

Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362)

terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri

Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai

Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di

tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di

Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]).

Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil,

tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur,

dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang

daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan

gula. Recife mempunyai empat buah universiti.

Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada

tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas

Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi

musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada

tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823.

UMUM 
KABUL

Kabul (pend. 1 036 407) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Afghanistan. Keluasannya

termasuk kawasan di sepanjang tebing Sungai

Kabul di timur Afghanistan. Bandar ini terletak 1795

meter di atas aras laut di Pergunungan Hindu Kush.

UMUM 
PERANG KEDAH-SIAM

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah.  Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839.  Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala.  Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian.  Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PELANA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELANA, lapik atau alas tempat duduk di atas belakang binatang tunggangan seperti kuda, keldai, sapi, kerbau dan unta.  Pelana digunakan untuk keselesaan penunggang.

BUDAYAAlat/Alatan
PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA, pemerintahan Jepun di Nusantara semasa Perang Dunia Kedua.  Penaklukan Jepun di Nusantara bermula dengan serangan ke atas Tanah Melayu pada 7 Disember  1941.  hingga 15 Februari 1942, tentera Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Singapura, Brunei serta sebahagian Sumatera.  Pada 9 Mac 1942, seluruh Indonesia ditakluki setelah Belanda menyerah kalah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN1; LEFT: 0pt; POSITION: absolute; mso-ignore: vglayout">
 
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan.
SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHOVE-HALFPENNY

Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua

orang pemain atau dua buah pasukan.

Permainan ini dimainkan di atas papan yang

berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter

lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak

pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan

kepada dua petak. Pemain menggunakan lima

cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25

milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera

terjuntai di hujung papan. Mereka cuba

memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib

dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap

petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan.

Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan

dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap

cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak.

UMUM 
MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur ialah menara

komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara

setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas,

Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni

bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan

kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan

Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah

dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato’ Seri Dr.

Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki

sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian

Berhad (MKLSB), iaitu

sebuah anak syarikat

TELEKOM Malaysia.

UMUM 
SISIR

SISIR, sejenis alat pertanian untuk meratakan tanah sawah selepas ditajak atau ditenggala.  Sisir juga digunakan untuk mengaut sampah.  Sisir terbahagi kepada dua bahagian iaitu tapak dan jejari.  Tapak sisir diperbuat daripada kayu, manakala jejarinya pula diperbuat daripada buluh, nibung, kayu ataupun besi.  Tapaknya (palang atas) berukuran antara 1 m hingga 1.2 m panjangnya, manakala panjang jejarinya pula lebih kurang 0.5 m.

BUDAYAArtifak/Mentifak
SUMBER ASLI

Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang

membolehkannya menyokong kehidupan dan

memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah

sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas

tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok,

burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian

termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan

pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara,

cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan

untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan

(3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan

siap.

UMUM 
123

Kembali ke atas