| LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY –FELDA) | | UMUM | |
| PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA) | Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban Development Authority. UDA berfungsi sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar. | UMUM | |
| GETAH (RISDA) | Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang bertanggungjawab terhadap rancangan penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah (LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992, pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. | UMUM | |
| RIDA | RIDA, lembaga ekonomi untuk membantu masyarakat luar bandar. RIDA ialah singkatan Rural Industrial Development Authority atau Lembaga Kemajuan dan Perusahaan Kampung. RIDA ditubuhkan pada bulan November 1950 oleh British. RIDA ditubuhkan hasil desakan Dato’ Onn Jaafar, sebagai satu tukar ganti bagi memujuk orang Melayu melonggarkan kerakyatan jus soli kepada bukan Melayu pada tahun 1951. Dalam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1948 mengenai Kerakyatan Persekutuan, orang bukan Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu daripada keturunan yang telah menjadi rakyat raja-raja Melayu, diterima sebagai rakyat raja. Sebagai balasannya, British bersetuju menjadikan bantuan ekonomi kepada orang Melayu sebagai satu dasar pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| FELCRA | FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA) | Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan berkanun yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority. | UMUM | Umum |
| UDA | UDA, agensi berkanun. UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar). Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar. UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971. Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum. Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| FELDA | FELDA, agensi berkanun. FELDA ialah singkatan Federal LandDevelopment Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). FELDA ditubuhkan pada tahun 1956. Tujuan FELDA ditubuhkan adalah untuk membangunkan tanah dan menempatkan penduduk di kawasan yang baru diteroka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| FAMA | FAMA, agensi berkanun. FAMA ialah singkatan Federal Agricultural Marketing Authority (Lembaga pemasaran Pertanian Persekutuan). FAMA ditubuhkan pada tahun 1965 dan diletakkan di bawah Kementerian Pertanian. Ibu pejabat FAMA di Kuala Lumpur. Khidmatnya disalurkan melalui rangkaian pejabat pada peringkat negeri dan daerah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| MARA | MARA, agensi berkanun. MARA ialah singkatan Majlis Amanah Rakyat. Ia ditubuhkan melalui Akta Parlimen 1966, sebagai sebuah badan berkanun. Sejarah penubuhan MARA adalah berikutan bubarnya Rural and Industrial Development Authority (RIDA) atau Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1950 untuk memperbaiki ekonomi dan sosial bumiputera di Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |