PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK | | UMUM | |
PEMILIHAN AWAL | | UMUM | |
SCOTLAND, SEJARAH | Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir. tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000 S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir. Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan). | UMUM | |
GERAKAN ISLAH AWAL DI ASIA TENGGARA | GERAKAN ISLAH DI ASIA TENGGARA, gerakan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ulama yang memperjuangkan mazhab Syafie. Gerakan ini cuba menghapuskan aliran tradisional mazhabiyah, iaitu golongan yang berpegang kepada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Para pendukung gerakan ini digelar sebagai Kaum Muda oleh golongan tradisional, manakala golongan tradisional pula menggelar diri mereka sebagai Kaum Tua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ABJAD PENGAJARAN AWAL | Abjad pengajaran awal (i.t.a.) ialah sistem
penulisan yang direka bentuk bagi memudahkan
orang ramai belajar membaca bahasa Inggeris.
| UMUM | Umum |
TANDA BACA | Tanda baca ialah tanda-tanda tertentu yang digunakan dalam tulisan dan cetakan untuk menjelaskan maksud penulis. Tulisan awal dan cetakan awal mempunyai tanda untuk menunjukkan tanda baca. Tetapi tanda itu digunakan mengikut kehendak penulis dan mengikut tanda yang ada dalam mesin pencetak. Orang Yunani purba, misalnya, sering menggunakan koma bertitik untuk menggantikan tanda tanya moden. Percetakan dan tanda baca bertambah baik dengan pesat pada tahun 1400-an dan tahun 1500-an, khususnya di Itali. Dalam tempoh ini, Aldus Manutius, seorang pencetak dan penjilid buku Itali, mula menggunakan pelbagai tanda dengan lebih sistematik. Usahanya membentuk asas kepada tanda baca yang digunakan pada hari ini dalam banyak sistem bahasa bertulis. | UMUM | |
SENI BINA PENGHIDUPAN AWAL | Aliran dan fahaman dalam seni bina masyarakat awal. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
ANGKOR | Angkor ialah tamadun awal yang berkembang subur di barat laut Kemboja sejak awal tahun 800- an hingga 1400-an. Ibu negeri yang paling terkenal bagi tamadun ini juga dinamakan Angkor atau Angkor Thom. | UMUM | |
AWAL MUHARAM | Awal Muharam, hari yang pertama dalam bulan pertama mengikut kalendar Islam. | AGAMA | Konsep |
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA | GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |