| Sepina ialah perintah undang-undang bertulis atau  writ  , untuk hadir sebagai saksi dan memberi testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu  sub  , yang bermakna  di bawah  , dan  peona  yang bermakna  denda  atau  penalti  . Seseorang yang menerima sepina hendaklah mematuhinya, dengan pengertian  dia akan menerima penalti  kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa Latin yang berbunyi  The subpoena duces tecum  (bermakna  membawa bersama-sama anda dengan   penalti  ) menghendaki seseorang itu membawa ke mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas, buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain. Lihat juga Saksi . |