WING KARDJO | WING KARDJO (1937- ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 23 April 1937 di Garut, Jawa Barat, Indonesia. Dia pernah menggunakan nama Kardjo Wangsaatmadja dalam karyanya. Dia mempunyai pendidikan B-1 Bahasa Perancis di Jakarta (1959), Diploma de Litterature Francaise dari Universiti Sorbonne, Paris (1965), dan tamat Jurusan Sastera Perancis Fakultas Sastera Universitas Panjadjaran, Bandung (1973). Pada tahun 1981, dia meraih gelaran Doktor dari Universiti Paris VII, Perancis, dengan disertai yang berjudul Sitor Situmorang: a vie et I’oeuvre d’un poete Indonesien (Sitor Stumorang: Kehidupan dan Karya Seorang Penyair Indonesia). | SASTERA | Tokoh |
PEMBUNUHAN AMBON | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify; tab-stops: 1.0in 81.0pt"><B style="mso-bidi-font-weight: normal">PEMBUNUHAN AMBON, B>pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon. Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia. Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon. Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah. Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda. Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PEMBERONTAKAN BRUNEI | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"><B style="mso-bidi-font-weight: normal">PEMBERONTAKAN BruneiB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">,B> peristiwa pemberontakan menentang kerajaan Brunei pada masa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien. Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 1962 dan dicetuskan oleh Parti Rakyat Brunei (PRB). PRB bertindak untuk membuat pembaharuan dalam sistem pemerintahan tradisi. Ini selaras dengan matlamat PRB iaitu untuk mewujudkan kerajaan baharu yang dikenal sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"><B style="mso-bidi-font-weight: normal">PERGERAKAN PUTERI Islam MalaysiaB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">, B>pertubuhan berpakaian seragam. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah. PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti. Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam. Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil. Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PENTADBIRAN ISLAM DI SINGAPURA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"><B style="mso-bidi-font-weight: normal">PENTADBIRAN Islam DI SINGAPURAB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">, B>sistem pentadbiran mengenai hal ehwal agama Islam di Singapura. Sebelum kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, sistem pentadbiran agama Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Tahap keberkesanannya juga gak terhad. Pada masa itu, terdapat dua badan utama yang menguruskan pentadbiran tentang hal ehwal agama Islam iaitu Muslim and Hindu Endowments Board (1906) dan Muslim Advisory Board (1915). Walau bagaimanapun, kedua-dua badan ini hanya mampu menggariskan sistem pentadbiran agama secara umum. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"><B style="mso-bidi-font-weight: normal">PENTADBIRAN Islam DI MalaysiaB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">, B>pengurusan hal ehwal yang berhubung dengan agama Islam yang meliputi bidang akidah, ibadah, pendidikan agama, undang-undang keluarga, kepimpinan agama, dakwah dan akhlak umat Islam di negara ini. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
PENGAJIAN MELAYU DI RUSIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"><B style="mso-bidi-font-weight: normal">PENGAJIAN Melayu DI RUSIAB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">, B>pusat pengajian bahasa Melayu. Pembelajaran bahasa Melayu/Indonesia dimulai di Univesiti Soviet selepas Perang Dunia Kedua (1945) dan di Institut Ketenteraan Bahasa Asing (Moscow). Semenjak tahun 1948, pengajaran bahasa ditempatkan di Institut Ketimuran Moscow. Pelopor pengajaran bahasa Melayu di Moscow ialah L. Mervart yang dibantu oleh dua orang Indonesia iaitu Muso dan Semaoen, yang pernah menghasilkan sebuah novel dalam bahasa Melayu berjudul Hikayat Kadirun. Pengajaran bahasa Melayu/Indonesia sehingga kini diteruskan di Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow (yang merangkumi Institut Ketimuran Moscow pada tahun 1954) dan di Institut Bahasa Timur (kini Institut Negara-Negara Asia dan Afrika) di bawah Universiti Moscow. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PENGAJIAN MELAYU DI PERANCIS | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"><B style="mso-bidi-font-weight: normal">PENGAJIAN Melayu DI PERANCISB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">, B>pusat pengajian bahasa Melayu. Penubuhan pusat pengajian bahasa Melayu di Perancis bermula dengan wujudnya jawatan Gabenor Pengajian Bahasa Melayu di Eropah, iaitu di Ecole des Langues orientales pada 2 September 1844. Jawatan ini disandang oleh Edmund Dulaurier. Dia telah menterjemah Kitab Pelayaran Abdullah pada tahun 1850 dan menyusun kamus tetapi tidak diterbitkan. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PENGAJIAN MELAYU DI JERMAN | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"><B style="mso-bidi-font-weight: normal">PENGAJIAN Melayu DI JERMANB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">, B>pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Jerman dilaksanakan oleh universiti atau muzium. Di beberapa universiti di Jerman, ada jurusan yang dinamakan Sudostasienwissenschaften, Malaiologie atau Seminar fur Indonesische Sprachen. Jurusan tersebut mengkaji bidang linguistik, sastera, sejarah, antropologi, ekonomi dan bidang lain di kawasan Asia Tenggara. Selain pengajian Melayu tersebut, terdapat jurusan lain seperti jurusan ilmu politik, ilmu sejarah dan ilmu antropologi/ilmu sosiologi yang juga melaksanakan pengajian yang berhubungan dengan kawasan Asia Tenggara. Sejumlah muzium antropologi memiliki koleksi, menyelenggara dan membiayai pengkajian kebudayaan Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PENGAJIAN MELAYU DI ITALI | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"><B style="mso-bidi-font-weight: normal">PENGAJIAN Melayu DI ITALIB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">, B>pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Itali ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang orientalis Itali yang terkemuka, Y. Bhg. Prof. Allesandro Bausani, di Instituto Universitario Orientale di Napoli, sebuah universiti yang khusus mengendalikan kursus bahasa dan budaya Asia dan Afrika. Universiti itu juga merupakan satu-satunya universiti yang mengajar kursus bahasa dan sastera Melayu-Indonesia. Pengajaran ini dikendalikannya sendiri sejak tahun 1964 hingga tahun 1969. setelah itu, kursus ini dikendalikan oleh Y. Bhg. Prof. L. Santa Maria sejak tahun 1969 hingga kini. Minat orang Itali terhadap bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-16, iaitu ketika Antonio Pigafetta, seorang mualim kapal, mengelilingi dunia bersama-sama kapten kapal Portugis, Fernao de Magalhaes. | BAHASA | Institusi/Organisasi |